Certot Pagi Bersama Hafiz

Cantik macam bunga.

Tinggi macam galah.

Hitam macam kuali.

Macam-macam lagi. Kita sudah dibiasakan dengan perlambangan begini untuk menceritakan sesuatu, agar lebih mudah difahami.

Hafiz, kesayangan kami, pun sudah pandai menggunakan perumpamaan ini.

Pagi tadi, ketika saya mahu memandikan dia sebelum ke sekolah, anak enam tahun itu memeluk abahnya yang gebu.

Ditepuk-tepuknya perut abah yang semakin hari semakin empuk.

Dia mendongak, memandang abah dengan senyuman paling manis.

"Abah, perut abah gemuk. Macam rusa."



Saya mengetap bibir.

Gemuk, sudah tak dapat dinafikan.

Tapi macam rusa?

Rusa gemuk ke?

Rusa mana ni?

Anak rusa Nani?


Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Julai yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#julyblogposts #july2019entries

Topik hari #20 : CERTOT






Reactions

Post a Comment

0 Comments