Pakaian semasa naik pelamin dulu pun, sekadar baju Melayu biasa yang berhias tanjak dan keris palsu. Atas permintaan mak, saya sewakan juga baju baldu maroon yang dipakai kebanyakkan orang Minang semasa bersanding.
Itu saja.
Baju Hulubalang Melayu
Jika diberi peluang, saya teringin juga bergaya dengan pakaian tradisional lelaki Melayu seperti zaman "pendekar" dahulu. Semenjak kebelakangan ini, ramai yang berkongsi di media sosial lagak gagah mereka berpakaian ala-ala Jaka Sembung, pahlawan berani yang menentang musuh bermata satu. Segak dengan tanjak, baju Teluk Belanga, sampin satu warna, seluar senteng di paras betis dan sepasang capal.Mantap!
Memang teringin benar, tapi segan.
Sudahnya, saya beli satu tanjak "pasang siap" untuk digayakan sekali-sekala. Dengan harga RM50, tanjak boleh laras itu boleh saya bergilir-gilir pakai bersama Haris dan Hafiz.
Jadilah.
Namun, baju tradisional yang pernah saya gayakan pula ada dua. Kedua-duanya semasa saya ke negeri seberang, Indonesia.
Baju Minang
Yang pertama, di negeri asal-usul nenek moyang saya di Minangkabau, Indonesia. Waktu itu kami beramai-ramai empat keluarga menyewa baju Minang (sekitar RM10 sepersalinan) di Muzium Gadang Pagaruyong.Sakan kami bergaya di hadapan kamera.
Sampaikan orang Indonesia sendiri mahu bergambar dengan kami.
Kah kah kah!
Baju Melayu Belitong
Kali kedua sewaktu saya ke Pulau Belitong, Indonesia. Hari terakhir, kami dibawa ke sebuah Rumah Adat kecil di tengah kota, menyajikan pameran adat budaya orang Belitong yang sangat Melayu! Tak banyak bezanya dengan apa yang diamalkan di Malaysia.Entah dari mana datangnya berani, saya mencuba baju tradisional mereka yang berwarna merah.
Tapi itulah.
Kita ini saiz L.
Baju yang ada, saiz XXS.
Mujur boleh lagi menyelit masuk, walaupun sudah tersembul di sana sini.
Pedulikan, boi.
Asal ada peluang untuk bergambar!
Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Ogos yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.
#augustblogpostchallenge #augustwritingprompts #tulistulissharul
Wordprompt #9 : Pakaian tradisional yang menarik minat anda. Pernahkah anda menggayakannya?
#augustblogpostchallenge #augustwritingprompts #tulistulissharul
Wordprompt #9 : Pakaian tradisional yang menarik minat anda. Pernahkah anda menggayakannya?
0 Comments