Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Keluarga

Sejak dari kecil, saya sudah dibiasakan dengan suasana sambutan hari kemerdekaan bersama keluarga. Tidak, bukan di Dataran Merdeka. Tapi di kaca televisyen. Bermula awal pagi, abah sudah pun duduk di hadapan tv menonton siaran langsung acara perbarisan yang penuh warna-warni. Melihat peserta yang segak berbaju seragam, abah yang pernah berkhidmat sebagai tentera darat selama 12 tahun turut menjadi bersemangat.

Bendera, sudah abah pacak siap-siap di laman rumah.

Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama KeluargaBendera sudah siap terpasang di laman kecil rumah mak & abah

Semangat patriotik abah, bukan calang-calang. Cintanya pada tanah air yang diperjuangkan dahulu kukuh erat di dalam hati.

Sedikit sebanyak, menurun juga "semangat" itu kepada anak keempatnya ini.

Saya cuba juga bawa anak-anak menikmati suasana sambutan hari kemerdekaan beberapa kali. Seingat saya, kami pernah ke Dataran Merdeka dan juga Stadium Bukit Jalil. Masalah kalau ke tempat yang ramai orang ini ialah kedudukan kita jauh dari pentas utama. Sukar untuk menonton persembahan yang ada.

Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Keluarga di Dataran Merdeka Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Keluarga di Dataran Merdeka 1 Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Keluarga di Dataran Merdeka 2 Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Keluarga 1

Tapi, tetap ada keseronokannya melihat perbarisan yang mantap dan berwarna-warni. Anak-anak terdedah kepada semangat patrotik cintakan tanah air. Biar ada rasa menggebu-gebu di dalam dada melihat kawad segak anggota keselamatan yang berbagi tugas menjaga keamanan negara.

Itulah sekecil-kecil usaha saya untuk menerapkan rasa sayang pada tanah air.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-62, Malaysia!

Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Nota; Ikuti entri saya bersempena cabaran Catatan Bulan Ogos yang dimulakan oleh Cik Puan Norsa'adah Ahmad. Terima kasih kerana sudi membaca.

#augustblogpostchallenge #augustwritingprompts #tulistulissharul

Wordprompt #10 : Kenangan merdeka.






Reactions

Post a Comment

0 Comments