Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62 Di Putrajaya

Akhirnya, dapat juga pergi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62, di Putrajaya. Saban tahun teragak-agak mahu membawa anak-anak untuk melihat perbarisan warna-warni, tapi asyik tak jadi. Dulu disebabkan Hafiz kecil lagi, ditambah lokasi sambutan yang bertukar antara Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya. Kalau di Kuala Lumpur, boleh lagi digagahkan naik pengangkutan awam. Saja, boleh seronok-seronok. Tapi kalau nak ke Putrajaya, tak sanggup nak memandu jauh!

Tapi tahun 2019, kami redah juga.

Kami bawa bekal siap-siap dari rumah, kemudian sebelum azan Subuh berkumandang kami sudah pun parkir di tingkat dua Masjid Sultan Zainal Abidin (atau Masjid Besi). Selesai semua, kami berjalan kaki enam beranak menuju tempat perbarisan diadakan.

Susah juga.

Kami tak dapat tempat duduk, dan pandangan agak terhalang. Panas di Putrajaya pun, boleh tahan juga. Kalau di Kuala Lumpur, selalunya kami menunggu di Jalan Raja Laut yang meriah dengan pokok untuk penonton menumpang berteduh.

Tak mengapalah.

Asal dapat turut bersama meraikan, cukuplah.

Selamat Hari Lahir Ke-62, Malaysia.


 
Merdeka
Kawad
Kawad
Pancaragam
Maskot



Hero Negara

Tembak
Askar
Tembak
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62 Di Putrajaya
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62 Di Putrajaya
Bomba



Kanak-kanak Riang

Kids
Hafiz Main Belon
Kanak-kanak
Jualan


Dan seperti pengalaman menghadirkan diri ke acara sambutan negara ini sebelumnya, kenapa ya, masih hanya satu kaum saja yang mendominasi meraikan? Nisbah antara kaum yang hadir, jauh beza dengan nisbah populasi negara.

:(








Reactions

Post a Comment

0 Comments