Sebenarnya, lebih banyak pilihan jika ke Pasar Tani Danau Kota pada pagi Ahad.
Pagi tadi, kononnya mahu mencari anak pokok Limau Purut. Tapi sebelum ke tujuan utama, sempatlah kami tiga beranak pusing keliling pasar mencuci mata sambil mencari juadah sarapan.
Street Photography
Semenjak kabus dah hilang lesap ke mana-mana, matahari pun semakin galak bersinar setiap pagi. Regu pula dengan langit biru. Kemudian, semangat kelas street photography di Melaka tempoh hari masih lagi meluap-luap.Itu yang sempat juga ambil gambar 8-10 keping.
Eheh!
Ilmu kenalah amal. Kalau tak, meleleh lesu ke longkang lah jawabnya.
0 Comments