Memori daun pisang takkan terlupakan
Memori daun pisang menjadi kenangan
... "
Amboi! Terhinggut-hinggut bahu melayan dangdut ke tu?
Warga #gengpoliden mesti biasa dengar lagu ni. Kerap sangat berkumandang di radio, di televisyen zaman 90-an dulu, waktu dangdut menguasai industri muzik tanah air.
Begitu mukadimah.
Entri ni bukanlah nak bercerita tentang dangdut, tapi hal daun pisang.
Iya. Daun pisang.
Daun yang mengumpul titis-titis embun selepas hujan yang panjang. Kalau direzekikan waktu malam ada hujan yang banyak, dan esoknya ada tanda matahari akan menyinar, maka bersegeralah!
Jangan sia-siakan peluang untuk melatih mata mengambil gambar, sambil menikmati keajaiban alam yang pastinya membikin hati jadi tak keruan.
Carilah daun pisang.
Akan ada beratus-ratus manik air yang jernih, berkilau-kilau menyihir mata memantulkan cahaya sang suria.
Cantik!
Asyik!
Dan sangat menyegarkan.
Semua gambar ini diambil menggunakan kamera telefon Huawei P20 Pro dan diedit menggunakan Adobe Lightroom Mobile. Snapseed digunakan untuk membuat watermark.
0 Comments