Sewaktu memandu menghampiri bandar, dari jauh nampak satu bangunan besar bercahaya seperti mercu tanda di Kuala Lumpur.
Tahu-tahu sudah gah berdiri sebuah binaan baru yang dinamakan Mercu Teruntum (Menara Kuantan). Baru benar siapnya, berusia 4 bulan (siap Julai 2019). Menara ini menara yang keempat seumpamanya di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur, Menara Taming Sari Melaka dan Menara Alor Setar.
Laman Teruntum Kuantan
Dibina setinggi 180 meter, menara ini terletak di tebing Sungai Kuantan di tapak lama Benteng. Kalau mahu buat carian di Google Map, gunakan kata kunci "Laman Teruntum Kuantan".Ada dua buah dek di menara ini, saya yakin ia dibuka kepada orang awam. Harga dan waktu operasi, saya tak pasti.
Lain kali kalau ke Kuantan lagi, saya mahu cuba.
0 Comments