Ini buku Fiersa Besari ketiga yang saya baca dan ianya terus tidak menghampakan.
#2
Catatan Juang adalah sebuah fiksi. Cerita 2-in-1. Kisah kehidupan Juang yang tidak dirancang menjadi pedoman dan panduan kepada Suar. Daripada kehidupan yang mendatar, akhirnya bertukar mendadak ke tahap yang membanggakan.
#3
Jalan ceritanya agak mudah, boleh diagak ke mana halanya. Menggunakan faktor "kebetulan" selalunya menjadikan sesuatu cerita itu menjadi biasa-biasa sahaja. Itu pandangan peribadi saya.
#4
Namun yang menjadi pendorong untuk saya terus membaca karya Fiersa ini ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang sangat cantik dan mengkhayalkan. Fiersa sangat bijak mengatur ayat dan banyak yang boleh diambil sebagai "quotes of the day".
#5
Banyak falsafah yang dikongsikan beliau dalam menyampaikan pandangan tentang kehidupan. Memang, buku yang baik akan mengajak pembacanya untuk berfikir.
Buku ini berbaloi untuk dibaca.
0 Comments