Hanis Ke Sekolah Tun Fatimah

Selesai sudah pendaftaran kakak Hanis di STF. Satu proses yang panjang, bermula dari jam 9.00 pagi sampai lah ke jam 2.30 petang. Selesai mengemas bilik semua, kami ke Paradigm Mall untuk makan tengah hari dan mencari 2-3 barang yang masih belum cukup.

Magik.

Tidak ada tangis sewaktu kami berpisah. Sedih ada, tapi tidak ada air mata yang tumpah.

Mungkin disebabkan penat.

Kalut.

Dan air mata yang sudah turun awal lagi, sebelum menjejak ke Johor Bharu lagi.

Hanis Ke Sekolah Tun Fatimah, Johor

Ah!

Sedih itu, biar saja bertandang. Kita manusia yang ada hati dan perasaan. Biarlah mahu menangis, bersedih. Luahkan. Namun paling penting, bangkit segera jangan terperangkap lama. Tindakan seterusnya itu yang utama.

Hanis (dan abang kakaknya) sudah lama kami asuh agar pandai berdikari. Walaupun tidak sempurna, masing-masing sudah tahu bawa diri. Aktiviti di sekolah banyak membantu membina watak, selain ajaran di rumah.

Saya ingat lagi, ketika pertama kali mendaki Gunung Angsi bersama Hanis dan Hanim ketika masing-masing berumur 9 dan 11 tahun, saya yakin mereka ini kuat dan tahan lasak. Walaupun merungut dan mengeluh, mereka tetap terus melangkah.

Saya yakin, asuhan uminya juga sangat kuat meresap ke dalam jiwa.

Insya-allah, adik.

Semoga semuanya baik-baik saja di Johor sana. Siapa sangka, lawatan kita padatahun 2014 ke sekolah ummi ini, akhirnya menjadi sekolah adik juga pada tahun 2020.

Rezeki.

Alhamdulillah.

Belajar baik-baik, ya nak. Jadi Srikandi yang hebat!

Hanis Ke Sekolah Tun Fatimah, Johor - 1 Hanis Ke Sekolah Tun Fatimah, Johor - 2 Hanis Ke Sekolah Tun Fatimah, Johor - bersama Umi Hanis Ke Sekolah Tun Fatimah, Johor - bas Hanis Ke Sekolah Tun Fatimah, Johor - bilik





Reactions

Post a Comment

0 Comments