Gadis Kretek
Terbitan;
Gramedia
1.
Saya baru tahu, kretek adalah sejenis rokok dalam kumpulan yang berlainan dengan rokok yang sering kita lihat. Saya dulu menyebutnya rokok saja. Antara kretek yang terkenal (bagi saya) ialah Semporna A dan Gudang Garam.
2.
Kretek asalnya hasil "ciptaan" orang Indonesia sendiri yang pada asalnya mahu mengubat penyakit asma.
3.
Nama "kretek" itu pula berasal dari bunyi cengkih (antara bahan kretek) meletus yang dibakar api ketika mahu menghidupkannya.
4.
Buku ini menceritakan tentang 3 generasi daripada 2 keluarga yang berseteru turun-temurun. Kedua-dua keluarga ini terlibat dalam bidang pembuatan kretek, cinta tiga segi, ikhtiar mahu meneruskan kehidupan melingkari Kota M, Kudus dan Mangelang.
5.
Cerita dimulakan dengan permintaan akhir sang bapa, yang mahu anaknya mencari seorang perempuan yang bernama Jeng Yah. Permintaan yang menimbulkan rasa cemburu sang isteri, dan tanda tanya kepada 3 orang anak.
6.
Demi menunaikan hasrat ayah yang bakal dijemput ajal; Tegar, Karim dan Lebas berpetualang mencari Jeng Yah yang misteri.
7.
Walaupun penggunaan bahasa Jawa yang "pekat" dan perkataan Indonesia yang agak janggal pada pembacaan saya, Gadis Kretek menyajikan jalan cerita yang membuatkan kita leka untuk membaca muka surat seterusnya. Plot twistnya, unsangkarable!
8.
Penulis Ratih Kumala, yang juga merupakan isteri kepada penulis terkenal Eka Kurniawan, bukan penulis biasa-biasa. Beliau seorang yang sangat bertanggungjawab dalam penulisannya, sehinggakan proses pembikinan kretek dan omblot (rokok daun kita) diterangkan dengan jelas. Tabik!
9.
Gadis Kretek menyentuh banyak perkara. Tentang hubungan keluarga, kegigihan, kecekalan dan kesetiaan wanita, ego dan azam seorang lelaki, serta keberanian merebut peluang memperbaiki diri. Mantap!
10.
Plot ceritanya cantik, tidak meleweh dan tidak pula terlalu ringkas. Sedang elok.
Buku yang sangat sedap untuk dibaca!
0 Comments