Penulis; Ruhaini Matdarin
Terbitan; Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
#######
1.
Ceritanya mudah. Tentang penemuan yang tak disangka oleh seorang lelaki pengutip kotak. Sejumlah wang yang bikin hilang kewarasan.
2.
Ia tentang pergelutan antara jati diri dan kemahuan nafsu.
3.
Jamal, anak lelaki pengutip kotak, turut berperang dengan perasaan dan rasukan dunia demi melihat wang yang jatuh dari langit.
4.
Sepanjang penceritaan sepanjang 182 muka surat ini, banyak nilai-nilai kehidupan (mungkin falsafah) yang dibincangkan oleh penulis.
5.
Walaupun isinya bagus, entah kenapa saya rasakan jalan ceritanya agak mendatar. Irama pembacaannya sekata dari mula hingga akhir, menjadikan pengembaraan dalam buku ini terasa seperti biasa-biasa sahaja.
0 Comments