Hari pertama, kami terus ke Kuala Kedah mencari makan makanan laut. Atas cadangan tuan homestay, kami ke Restoran Anjung Kuala di Kuala Kedah.
Selepas membuat tempahan, kami terus saja ke benteng pantai di hadapan restoran untuk menikmati langit senja.
Cantik bukan buatan, boi!





Subhanallah!
Pemandangan sewaktu matahari terbenam (dan terbit) tak pernah gagal menjamu mata dan jiwa. Kecantikannya, ketenangannya, memang mengkhayalkan.
Kalau bercuti, ini lah yang mahu saya rakamkan. Keindahan alami setiap tempat itu, yang diberi keindahan tersendiri oleh Sang Pencipta yang satu.
Masya-Allah.



Terima kasih, Kuala Kedah untuk langit senja yang molek.
0 Comments