Buku-buku Andrea Hirata

Ini koleksi buku Andrea Hirata yang saya ada. Rasanya lengkap semua, kecuali buku song book beliau.

Tetralogi Laskar Pelangi, semuanya dibeli dari PTS, versi terjemahan.

Buku Padang Bulan & Cinta Di Dalam Gelas (2-in-1) dan Sebelas Patriot, juga dibeli dari PTS versi terjemahan.

Buku Ayah, Sirkus Pohon, Orang-orang Biasa dan Guru Aini (prekuel Orang-orang Biasa) semuanya dari Indonesia terus. Terbitan Bentang Pustaka. Saya beli daripada "personal shopper" seperti FB Di Warung Buku.

Karya Andrea Hirata inilah yang membuka mata saya tentang buku-buku dari Indonesia. Mujur juga saya bermula dengan versi terjemahan, perlahan-lahan saya membiasakan diri dengan lenggok bahasa saudara seberang, sebelum beralih kepada pembacaan buku sepenuhnya dalam bahasa Indonesia.

AH baru-baru ini melancarkan semula buku-buku beliau dalam packaging yang menarik. Saya memang teringin nak beli untuk koleksi, tapi tunggulah. Mungkin beli terus di Jakarta kalau berpeluang nanti.

Kalau baru hendak bermula dengan buku negara seberang, saya sarankan buku Andrea Hirata.

Indah nian, boi!

Buku-buku Andrea Hirata


______
Sharulnizam Mohamed Yusof
Dilanda sakit gila nomor 58; mahu ke Jakarta mencari buku

#sharulmembaca
#malaysiamembaca






Reactions

Post a Comment

4 Comments

  1. Saya pun ada semua novel andrea termasuk edisi bahasa inggeris the rainbow troup. Novel Laskar Pelangi saya sampai lunyai kerana terlalu sering dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku beliau memang takkan saya lepaskan, memang saya simpan. Saya ada juga beli beberapa copy lagi dalam bahasa Indonesia. Mungkin ada 3-4 buah. Ehehe!

      Delete
  2. semua ada 12 setakat ni... ada tambahan lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang terkini rasanya tak ada. Guru Aini yang terakhir.

      Delete