28.
BMI saya ketika ini, di penghujung kategori Overweight. Sebelum puasa hari tu,
rasanya dah masuk sebelah kaki ke kategori Obese.
Aduhai!
Tapi kalau ikut jadual di bawah, saya perlu turunkan minimum 12 kilogram untuk
masuk ke kategori Normal.
Gulp!
Tahun 2016 saya berjaya turunkan berat badan sehingga BMI 26, satu tangga saja
lagi sebelum masuk ke kategori Normal. Tapi sudah nampak sangat kurus, dan ada
yang menegur sama ada saya ini sakit kah waktu itu. Lepas tu, lupa daratan.
Makan tak jaga, senaman tak ada. Terus membesar bagai johan!
Haih!
Sumber gambar; https://bmicalculator.mes.fm/bmi-chart
BMI ni bukan semata-mata untuk kurus, tapi juga panduan untuk tubuh sihat.
Terfikir juga, kalau saya tak memperdulikan terus tentang berat badan dan
sesuatu yang buruk terjadi (Nauzubillah), keadaan fizikal saya pasti sukar
untuk diuruskan. Masa sakit, orang lain yang uruskan kita!
Insya-allah, berat turun hampir 6 kg sepanjang Ramadan tak akan dipersiakan.
Saya mahu kembali berdisiplin menjaga makan dan berat seperti 4 tahun yang
lepas.
Kita buat sasaran kecil dulu.
Satu bulan, satu kilogram. Menjelang akhir tahun, sudah turun 7 kg.
Insya-allah.
Esok, jom joging! Ikut tak?
____
Sharulnizam Mohamed Yusof
Mencari disiplin yang hilang
0 Comments