Memotong Rambut Budak Lelaki DIY

Bukanlah masalah sangat untuk orang dewasa berambut panjang, tapi untuk Hafiz dia jadi rimas. Saya pun sebenarnya, rimas juga. Zaman berambut panjang setakat zaman belajar dulu. Itupun taklah panjang mana, setakat tercucuk mata.

Musim PKP, kedai gunting rambut tutup. Nak tak nak, terpaksa juga keluar mencari mesin rambut. Mujur ada banyak kedai elektrik di Gombak ni, dapat juga beli satu set. 

RM79.90.

Satu mesin, dengan empat acuan pemotong yang berbeza, gunting dan sikat. Cukuplah sebagai asas. 

Tengok-tengok, abang Haris yang terlebih dahulu buat persetujuan nak potong rambut Hafiz. Duduklah dua beradik di luar rumah di pagi hari, dengan drama-drama yang meletus menceriakan hari. 

Sudahnya, ummi juga campur tangan buat penyudah. 

Abah?

Rugilah kalau saat macam ni tak dirakamkan. Untuk kenangan. 

Memotong Rambut Budak Lelaki DIY
Memotong Rambut Budak Lelaki DIY

Mandi

Memotong Rambut Budak Lelaki DIY
Memotong Rambut Budak Lelaki DIY
Memotong Rambut Budak Lelaki DIY

Video








Reactions

Post a Comment

0 Comments