1
Pada saat genting mahu ke Klan Komet Minor, perjalanan tiga sahabat ini
dikhianati tanpa disangka. Namun bantuan muncul daripada Batozar tepat pada
masanya.
2
Sama seperti setiap Klan yang lain, pengembaraan mereka tentulah menjelajahi
seluruh pelusuk Komet Minor yang penuh dengan pemandangan dan tamadun yang
lebih maju.
3
Ia menjadi lebih seru dengan watak Batozar yang menjadi guru kepada Raib, Seli
dan Ali.
4
Perkembangan dan kemajuan kuasa tiga anak muda ini, terutamanya Seli
menjadikan jalan cerita yang lebih menarik.
5
Seperti buku-buku terdahulu, Tere Liye sempat memasukka n beberapa fakta
tentang kehidupan dari dunia nyata dan bijak memainkan fakta itu untuk
menerangkan perkara yang berlaku dalam pertualangan mereka.
6
Tere Liye turut menulis dan menjadi pembaca dalam masa yang sama. Ini jelas
setiap kali saya mempersoalkan logik plot-plot tertentu, tahu-tahu sudah ada
penerangan yang membuatkan kita tak mempersoalkannya lagi. Memang penulis yang
bagus!
7
Namun dalam buku ini ada bahagian yang saya kurang gemar, ketika mereka
berjumpa dengan "Lady Oopraa". Tidak dapat tidak, saya terbayangkan pengendali
rancangan bual bicara terkenah Oprah Winfrey. Aduh! Di klan yang serba maju,
namun ada bahagian yang "meniru" gaya hidup di bumi. Siap ada "followers" dan
"like" seperti media sosial.
8
Memang ada nasihat-nasihat di celah tulisan beliau, namun dari segi
penceritaan saya rasa segala kemajuan dan kepesatan hidup dunia yang maju
beberapa ribu tahun ke hadapan (dari bumi) menjadi seolah-olah biasa saja
dengan "gaya hidup" orang bumi. Ini pandangan peribadi saya saja.
9
Namun ia tetap menjadikan keseluruhan jalan cerita baik.
10
Oh ya! Perseteruan antara tiga sahabat (bersama Batozar) menentang Si Tanpa
Mahkota sudah berakhir. Ya, penjahat buruan semua klan itu akhirnya tewas
namun tidak dibunuh kerana Raib mahu memberikan hukuman yang lebih setimpal.
Wah! Walhal masih ada dua buah buku lagi berbaki dari siri ini. Cerita apa
pula bakal dikongsi oleh Tere Liye? Aduhhhh... keren banget!
p/s
Baca ulasan buku-buku Tere Liye yang lain di sini.
0 Comments