[Ulasan Buku] Komet Oleh Tere Liye

1
Ini buku kelima dari 9 siri Bumi oleh Tere Liye. Hakikatnya, ini buku yang keenam selepas Ceros & Botazar. Pastikan tidak tersilap, ya.


2
Namun membaca terus Komet selepas Bintang, tidaklah begitu mencacatkan jalan cerita. Masih nampak kesinambungannya.


3
Seperti biasa, selepas pertualangan besar dan selesai mencapai misi, cerita akan dimulakan dengan situasi di rumah Raib, dalam kelas, kantin, ruang bawah tanah rumah Ali dan pengembaraan seterusnya bermula dari rumah Seli. Ya, kawan. Begitulah permulaan setiap buku sejak siri kedua.


4
Kali ini tiga sahabat berbeza klan terjerumus ke Klan Komet demi mematahkan rancangan Si Tanpa Mahkota. Misi besar mereka ialah untuk mengelakkan penguasaan besar STM yang memungkinkan peperangan antara klan.


5
Perjalanan Raib, Seli dan Ali ke negeri antah berantah dipenuhi cabaran yang pelbagai. Dari satu pulau ke pulau, mereka diuji dengan dugaan yang bukan saja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga melibatkan kecekalan dan keikhlasan hati.


6
Cabarannya pelbagai. Dari sebuah ke sebuah pulau (7 pulau semuanya), mereka bertemu dengan "Kay" yang menguji. Saya jadi teringat dengan pengembaraan mereka dalam buku Bintang. Sama, hanya situasi berbeza.


7
Kemunculan Si Tanpa Mahkota memang agak mengejutkan. Walaupun penyamarannya klise, tapi masih berjaya menghilang di bawah kesedaran bacaan. Mantul.


8
Pengembaraan mereka tergendala pada saat akhir. Sambungannya dalam Komet Minor.


#sharulmembaca
#malaysiamembaca

Komet Oleh Tere Liye

p/s
Baca ulasan buku-buku Tere Liye yang lain di sini.





Reactions

Post a Comment

0 Comments