Satu Pagi Di Felda Tekam, Jerantut

Pagi itu, kami berenam melangkah menuruni bukit menuju ke kafe untuk bersarapan. Suasana sekitar Felda Residence Tekam sangat mendamaikan dengan kehijauan alam sekeliling. Langit membiru dan matahari menjalankan tugas penuh amanah menebarkan cahaya di balik dedaun yang menggapai awan.

"Cepat makan. Habiskan. Kalau tak, tak boleh mandi kolam!"

Si kecil kami, Hafiz, terkial-kial mahu menghabiskan suapan nasi lemak berlaukkan ayam goreng. Mulutnya semenjak bangun tidur, tak habis meratib mahu mandi kolam. Kata dia, abah pun dah janji nak temankan dia. 

Saya kata nanti dulu. 

Kita nikmati suasana tanah Felda yang diasaskan oleh Tun Abdul Razak untuk kemajuan anak bangsa. Banyak jasa bakti beliau untuk memajukan negeri.

Selesai sarapan. 

Kami melangkah perlahan melalui jalan kecil yang teduh di bawah kanopi pokok yang rendang. Mujur saya membawa kamera, dapatlah juga merakamkan sekeping dua gambar buat kenangan. 

Gambar abah?

Entahlah. 

Selalunya begitu. Tak ada yang mahu merakamkan. 

Satu Pagi Di Felda Tekam, Jerantut
Satu Pagi Di Felda Tekam, Jerantut
Satu Pagi Di Felda Tekam, Jerantut
Satu Pagi Di Felda Tekam, Jerantut







Reactions

Post a Comment

0 Comments