Tahu-tahu, rantai motor sudah longgar. Bateri sudah lemah. Bunyi hon pun macam
angsa tak cukup minum.
Apabila kerajaan mengumumkan PKP sudah dilonggarkan, maknanya rutin
kehidupan sebelum PKP bakal kembali. Tentulah, dengan norma baharu. Dan
Encik Honda Merah akan kembali menjalankan tugas.
Saya ke bengkel Ah Meng. Sudah berpuluh tahun bengkelnya saya kunjungi kalau
mahu mendapatkan khidmat baik pulih motor. Lagipun lokasi bengkel dia dekat
benar dengan rumah. Orang kampung pun ramai kenal Ah Meng. Sesekali waktu
kenduri, akan nampak kelibat dia dan keluarga turut bertandang. Kalau dengan
atok Hafiz, kenal lah dia. Tapi dengan abah Hafiz yang anti-sosial ni, memang
tak camlah dia.
Heh!
Tapi Ah Meng tak ada hari tu. Kata rakan sekerja, Ah Meng berehat di rumah.
Saya mengagak-agak, Ah Meng sudah tidak sihat. Usianya saya fikir sudah 60
tahun, mungkin.
Rehatlah, Ah Meng.
Biar generasi baru yang menggalas tugas.
0 Comments