Kasih Hafiz Pada Tambi

Melihat Tambi yang selalu mengokak tangan abah dia, Hafiz tak berani mahu membelai makhluk berbulu satu badan ini. Melainkan abah sudah memeluk Tambi dan moodnya baik, barulah Hafiz mengusap perlahan, kadang-kala mencium mesra.

Petang tadi, saya bawa kedua-duanya berjalan ke kawasan bukit berdekatan rumah. Saja, mahu ambil angin petang sambil melihat rumah kayangan milik orang.

Yang membuatkan hati saya cair ialah melihat betapa risaunya Hafiz kala sang pengokak itu jauh dan hilang dari pandangan mata.

"Abik, jangan jauh-jauh. Hilang nanti."

"Abah, Abik tu dia masuk bawah lori."

"Abik, jom balik. Nak makan ikan tak?"

Huuuu...

Siap dia halang kucing jiran yang terpacak memerhati Tambi dari jauh, agar tak dikejarnya.

Comel betul.

Kasih Hafiz Pada Tambi
Kasih Hafiz Pada Tambi
Kasih Hafiz Pada Tambi
Kasih Hafiz Pada Tambi
Cekak Pinggang








Reactions

Post a Comment

0 Comments