Tiba-tiba jadi chef. Kah kah kah!
Ada sahabat saya berkongsi cerita tentang smoothie yang dia buat di rumah, dijadikan sebagai alternatif kepada makanan sihat. Macam-macam menu yang diberi, dan hampir keseluruhan bahan yang diguna memang mudah diperoleh.
Saya saja yang malas selama ni.
Jadi tekad untuk menguruskan badan yang semakin dipam-pam semenjak PKP Mac lalu, saya pun mencuba membuat smoothie sendiri.
Bahan-bahan;
- 2 biji epal hijau.
- 2 biji kiwi.
- 1 batang lobak merah.
- Satu ikat daun salad.
- Air sejuk/suam.
- Yogurt kosong (kalau mahu).
- Kismis (kalau mahu).
Cara membuat;
- Potong dadu/kecil semua bahan (1 hingga 4).
- Gaulkan semua.
- Pecahkan kepada 4 bahagian. Simpan setiap bahagian dalam bekas/plastik.
- Ambil satu bahagian dan masukkan ke dalam mesin pengisar khas untuk smoothie.
- Masukkan air secukupnya
- Pilihan; letakkan sesudu yogurt atau kismis untuk menambah rasa.
- Mesin sehingga hancur dan terus siap untuk dihidangkan.
Tips;
- Smoothie seeloknya terus diminum selepas dikisar untuk memastikan kita dapat menikmati kesegarannya. Dikhuatiri kalau disimpan terlebih dahulu, kualiti rasa (dan rupa) membuatkan kita tak lalu lagi menelannya.
- Gabungan smoothie yang ideal ialah dua jenis buah dan dua jenis sayur.
- Untuk memilih bahan smoothie, cari berdasarkan "warna". Misal kata buah berwarna hijau, sayur juga berwarna hijau.
- Untuk sayuran, pastikan dari jenis yang boleh dimakan terus tanpa dimasak terlebih dahulu (seperti kangkung, bayam).
Alhamdulillah.
Boleh lah telan.
0 Comments