Apa Ada Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak?

Hari pertama tiba di Parit Buntar, kami mati akal tak tahu nak berjalan ke mana. Saya gunakan aplikasi Google Maps, dan taipkan kata kunci "attractions nearby". Antara banyak-banyak yang tersenarai, saya nampak Ban Pecah di Tanjung Piandang. Tak jauh pun dari rumah ipar kami di Parit Buntar, sekitar 14 kilometer.

Selepas Asar, kami pun bergerak ke sana enam beranak.

Sebelum ni, memang saya pernah nampak gambar-gambar Ban Pecah di FB dan blog. Gambar areal (menggunakan dron), memanglah cantik. Cuma yang menggoda saya, pemandangan sawah padi yang ada di situ.

Memandangkan sawah padi yang kami lalui sepanjang perjalanan sudahpun subur menghijau, lagilah teruja saya dibuatnya.

Dengan Bismillah, kami pun bergerak ke Ban Pecah. Tak sampai pun 20 minit dari Parit Buntar.

Sesat juga.

Entah ke mana hala Google Map bawa kami, masuk ke ceruk jalan kecil dalam kampung. Sampai hujung jalan, tak boleh nak ke laut sebab jalan mati. Terpaksalah keluar semula mencari jalan lain. Mujur sebelum tu saya perasan ada pintu gerbang besar bertuliskan "Selamat Datang ke Ban Pecah". 

Alhamdulillah. Kami sampai juga akhirnya.

Ruang parkir ada. Masih belum banyak kereta sewaktu kami sampai. Cuaca pun masih teruk, matahari masih panas berbahang. Jadi pemandangannya "agak kureng". Tapi alang-alang sudah sampai, bergambar lah juga.

Apa Ada Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak?
Ban Pecah, Tanjung Piandang


Sawah Padi

Berhampiran tempat letak kereta, ada sawah bendang yang agak luas. Padi sudah tinggi dan mula kekuningan sedikit. Pemandangan yang saya idamkan. Sawah padi luas, ada pokok kelapa dan rumah-rumah kampung yang terlindung di balik pokok.

Aduh! 

Kalaulah saya boleh lambatkan sikit waku di situ sehingga matahari senja menebarkan cahaya yang lebih lembut, sakanlah saya menekan picu kamera.

Tak mengapalah. Yang dapat ini pun sudah bikin hati gembira.


Apa Ada Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak?
Apa Ada Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak?
Apa Ada Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak?
Apa Ada Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak?
Apa Ada Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak?

Terima kasih, Ban Pecah.







Reactions

Post a Comment

0 Comments