Semalam saya dan isteri berjogging. Brisk walk sebenarnya. Waktu dia WFH, boleh lah saya melakukan aktiviti ada teman di sisi. Sambil berjalan-jalan, sambil berborak-borak.
Orang kata apa, merpati dua sejoli?
Hehehehehe!
Kami hanya berlegar di sekitar taman perumahan, tak jauh mana. Lajak sikit ke jalan utama, dapatlah membeli sarapan pagi.
Yang seronoknya pagi tu, banyak betul burung meraikan kami sepanjang perjalanan. Terasa bagai putera puteri alam fantasi.
Ada Belatuk.
Yang paling banyak, Pipit.
Yang bergaduh, Gembala Kerbau (atau Tiong).
Eh, banyaklah.
Nanti ada masa, nak bawa tele-lens saya untuk ambil gambar burung-burung ni. Tak puas dengan kamera telefon.
0 Comments