Kalau sudah sampai di Parit Buntar, mahu buat apa? Parit Buntar setahu saya tak ada lokasi pelancongan yang khusus. Kawasan sekitar memang ada, seperti Ban Pecah di Tanjung Piandang dan Gulai Keli di Kuala Kurau.
Berikut antara yang saya rasa menarik untuk dikunjungi kalau ke sana.
Menara Jam Parit Buntar
Ini adalah salah satu mercu tanda Parit Buntar, Perak. Menara jam yang terletak di kawasan utama pekan lama kecil bersempadan tiga negeri ini, mula dibina pada tahun 1957 dan siap dua tahun kemudian.
Di sini ada beberapa tarikan lain.
Kedudukan jam ini sendiri di kawasan pekan lama, jadi bolehlah cuci mata melihat bangunan zaman dahulu kala yang masih ada. Kalau tak silap, panggung wayang Rex pun masih ada di situ. Depan panggung wayang ni, ada kedai menjual sarapan pagi nasi kuning. Boleh cuba.
Omaq Char Kuey Teow
Di seberang jalan menara, ada laman selera bersebelahan dengan stadium mini. Boleh makan malam Omaq Cha Kuey Teow yang sedap. Sepinggan RM5.00, nak yang special tambah 50 sen.
Pasar Malam
Tak kenyang, ada pasar malam yang sama seperti mana-mana pasar malam di seberang menara satu lagi. Carilah hidangan yang kena dengan selera perut. Tak pasti buka hari apa, kami ke sana hari Jumaat malam Sabtu.
Tak jauh dari menara ni ada Sungai Kerian. Banyak sejarah yang berlaku di sini, antaranya sebuah bas tenggelam dan mengorbankan penumpangnya.
Pekan kecil, tapi ada cerita yang banyak.
Singgahlah.
Nasi Kandar Ali pun sedap, tak jauh dari menara ini juga.
0 Comments