Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?

Cuti atau tak, sama saja bagi seekor Siti Nur Tambirina. Rutin.

Seawal jam 5 pagi, dia sudah bising mahu keluar. Mahu membuang apa yang patut dibuang, barangkali. Jam 7 atau 8, dia mencari katil atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk bersemayam.

Tidurlah dia sampai ke Asar. 

Kemudian melepak di atas bumbung, menunggu masa diajak untuk berjalan-jalan ke atas bukit. Tergedik-gedik ekor dan perut bergoyang kiri kanan sebab dapat merayau bersama kami. 

Lepas Maghrib, dia masuk ke rumah. 

Jam 11 atau 12 malam, menjerit melolong di depan pintu minta dibenarkan masuk. Kalau tak ada yang buka, pandai-pandailah dia cari jalan masuk yang lain. 

Itulah Tambi. 

Rutinnya hampir sama setiap hari.

Asalkan kau bahagia, nak. 


Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?
Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?
Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?
Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?
Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?
Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?
Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?






Reactions

Post a Comment

0 Comments