[Ulasan Buku] Si Sabariah Oleh Hamka

1.
Alhamdulillah, tamat sudah pembacaan pertama tahun 2021. 

2.
Saya memilih Si Sabariah, antara novel pertama yang dihasilkan oleh HAMKA. Sebenarnya sudah baca separuh baca tahun lepas, tapi baru hari ni berkesempatan menamatkan bacaan cerita 149 muka surat ini.

3.
Si Sabariah asalnya diterbitkan menggunakan bahasa Minang. Pihak Jejak Tarbiah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan ke bahasa Melayu. Terbaik!

4.
Dan buku yang berusia hampir 100 tahun ni rupanya sudah "pupus", pihak JT menggali semula salinannya di perpustakaan dan diterbitkan semula. Terbaik sekali lagi!

5.
Apa cerianya Si Sabariah ini? Bagi yang sudah biasa dengan novel HAMKA, tidak ada "happy ending" dalam cerita beliau. Semuanya (setakat buku-buku yang saya baca) berakhir dengan kesedihan.

6.
Tentang adat, tentang sikap manusia pada harta duniawi, tentang kemelaratan hidup, tentang campur tangan keluarga dalam hal perkahwinan. Si Sabariah dan Si Pulai, suami isteri menjadi mangsa akibat sikap tamak ibu mertua yang memandang harta.

7.
Tidaklah dapat kita dapat nafikan, betapa "keras" nya usaha HAMKA untuk membuang adat dan budaya yang menyongsang agama dalam kehidupan masyarakat waktu itu.

8.
Malang sekali, apa yang ditentang beliau masih wujud ke hari ini.

9.
Namun tak pula dapat dinafikan, nasihat-nasihat yang beliau lontarkan dalam penulisan ada juga yang menyerap masuk ke dalam pemikiran mereka yang waras.

10.
Semoga kebaikan yang beliau sampaikan, menjadi pelaburan besar dan memperoleh ganjaran akhirat yang terbaik.


Al Fatihah untuk almarhum HAMKA.


#sharulmembaca
#malaysiamembaca


Si Sabariah Oleh Hamka






Reactions

Post a Comment

0 Comments