Agamawan Adalah Maksum?

Kecoh waktu ini berita tentang beberapa orang agama merentas daerah/negeri untuk hadir ke sebuah majlis anjuran selebriti tanah air. Katanya kelakuan ini menunjukkan contoh yang tidak baik. Orang lain merana diri kerana terkongkong diperam PKP, tapi golongan ini mudah sangat ke sana sini bagai tidak ada undang-undang yang mengawal.

Netizen kata, hukum pilih kasih. Kemudian dicaci nista lah golongan agama ini.

Ada golongan agama yang lain pula, menempelak golongan agama di atas bagai tidak mengaji habis. Soalnya, tak tahukah dalam keadaan begini lebih banyak mudarat berbanding manfaat? Kata-katanya itu dihambur dalam kuliah, dalam masjid kemudian dikongsi pula di media sosial.

Allahu.

Saya melihat hal ini dari sudut pandang yang lain.

Bukan tentang hal penganjuran majlis selebriti. Itu hal lain.

Juga bukan tentang hal golongan agama yang merentas daerah/negeri dan katanya melanggar undang-undang.

Juga bukan tentang amalan pilih kasih dalam perlaksanaan hukuman oleh pihak penguasa.

Salah tetap salah. Tak akan saya menangkan pun kalau mereka betul langgar undang-undang. Itu cerita lain. Wallahualam.

Yang saya lihat ialah golongan yang menyindir, troll, membuat lawak, memperlekehkan golongan agama ini tanpa ada rasa segan-silu, tanpa ada batas.

Sedih.

Agamawan adalah maksum?


Agamawan Maksum

Tak. Yang maksum hanya Rasulullah. Kita semua tetap ada salah, tetap ada dosa. Jadi, begitu juga dengan orang-orang agama ini. 

Kita marah dan melenting hanya disebabkan satu dua kes. Habis kita perlecehkan, kata mereka ini penunggang agama. Katanya, jangan lah lagi menjadi ustaz/ustazah.

Habis, siapa yang perlu mengganti mereka? Agamawan maksum? Siapa? Di mana? 

Yang saya tekankan di sini sebenarnya lebih kepada kelakuan kita memperlekehkan golongan agama sampai tak tau had. Benda ni tontonan awam. Kalau kita sendiri yang buat macam tu, apa lagi agama lain. Tegur ada cara, ada adab. Kalau tak kawal, malu agama kita juga. Siapa yang perlu jaga agama? Agamawan saja? Kita, tak ada peranan?

Tak, kawan. Kita kan yakin Islam ini benar. Maka kita perlu jaga agama ini sebaiknya. Jangan sampai menimbulkan fitnah lain disebabkan kelancangan kita.

"Apa lah agama Islam ni, kau punya ustaz pun sama je macam aku. Elok aku kekal dengan agama aku daripada masuk agama kau tu!"

Allahu.

Boleh bayangkan kawan, kalau ini yang difikirkan oleh rakan belum Islam selepas melihat kelakuan kita memperlekehkan orang agama ini?

Berhati-hati dengan setiap kata yang kita tulis dan lafazkan.

Salah tetap salah.

Namun ada cara membetulkan salah.

Cuba dengar radio IKIM, kerap dikongsikan cara untuk memberi nasihat. Kita boleh jadikan itu sebagai panduan.

Kawan, jangan sampai aib kita pula yang terdedah.

Takut kita sendiri tak sanggup mengadap apa yang pernah kita buat pada orang lain.

Astaghfirullah.

Moga saya dan keluarga dijauhkan daripada sikap begitu. Lindungilah aib kami, wahai yang Maha Mengasihani.







Reactions

Post a Comment

0 Comments