HAMKA Yang Menulis

 Suatu hari saya bawa buku ke rumah mak untuk dibaca. Tak ingat kenapa, mungkin saya mahu membaca sambil menunggu anak balik dari sekolah. Rumah mak menjadi transit sementara sebelum kami jemput.

"Buku HAMKA ke tu?"

Mak teruja. Saya tunjukkan buku yang saya pegang kepada mak. Mak kata, mak pernah baca buku ini. Entah zaman bila pun dah lupa. Mak cuba baca beberapa helai, tapi mak pulangkan semula.

"Tak sama macam buku dulu," kata mak.

Memanglah. Itu versi terjemahan. Mak baca dulu versi asal, Bahasa Indonesia. Saya ambil semula buku tu dan teruskan membaca.

Boi, buku HAMKA di Malaya ini bukan baru. Mak saya yang sudah bercucu pun katanya pernah membaca buku ini pada zaman muda, entah tahun bila kurang pasti.

Sampai ke hari ni, buku HAMKA masih menyelinap rapat ke dalam rumah-rumah peminatnya termasuk generasi baru.

Kerana bagi saya, tulisan HAMKA amat rapat dengan kehidupan kita. Sangat relevan sampai hari ini. Walaupun novel, sindiran dan teguran terhadap adat budaya masyarakat sangat tepat sehingga hari ini.

HAMKA tidak mencipta cerita kosong. Tulisannya bernas. Pemerhatian yang jitu. Dan beliau menyampaikan pendapatnya dalam bentuk cerita yang menimbulkan rasa ingin tahu.

Sebab itu saya sudah "tidak berkira" untuk membeli buku-buku HAMKA. Ada masa saya rasa tak puas hati juga, tapi lebih banyak manfaat berbanding kecewa.

Ada yang berminat dengan buku-buku daripada penulis bernama penuh Haji Abdul Malik Karim Amrullah ini?

Ada tawaran menarik untuk 23 Jun 2021. Satu buku berharga RM25, diskaun menjadi RM22 sebuah. Kalau mahu, hubungi saya di talian ini;

Whatsapp
https://wa.link/z4hfor
https://wa.link/z4hfor
https://wa.link/z4hfor

Telegram https://t.me/sharulnizam_yusof https://t.me/sharulnizam_yusof https://t.me/sharulnizam_yusof

Hari ini saja ya (Rabu, 23 Jun 2021) untuk tawaran harga ni.

Saya tunggu.

Promo Buku Jejak Tarbiah






Reactions

Post a Comment

0 Comments