1.
Buku ini adalah koleksi cerita (antalogi) daripada pelbagai kategori penulis
dan pembaca.
2.
Semuanya berkongsi pengalaman sendiri bagaimana mereka mula membaca dan
siapa/apa yang mempengaruhi hobi ini.
3.
Hampir semua menyatakan membaca ini dipengaruhi oleh keluarga, sama ada secara
langsung atau tidak.
4.
Saya sendiri bukan datang dari keluarga yang punyai koleksi buku di atas rak,
tapi amalan membaca sudah ada "dikuatkuasakan" semenjak kecil.
5.
Ayah saya pemandu bas sekolah. Balik dari bertugas, abah akan bawa surat
khabar ke rumah. Berebut lah kami anak beranak mahu membaca berita terkini.
Mak, akan ambil ruangan Teka Silang Kata dan kami akan memerah kepala mencari
jawapan. Tak hantar pun, sekadar menjawab suka-suka.
6.
Apabila abang dan kakak-kakak saya meningkat usia remaja, majalah Gila-gila
(kemudian Ujang) mula masuk ke dalam rumah. Begitu juga novel terutamanya
terbitan Creative Enterprise. Saya menjadi pembaca yang bahagia sebab banyak
buku "percuma".
7.
Benar, pengaruh membaca daripada orang-orang sekeliling tetap ada.
8.
Seronoknya membaca bukan setakat menghiburkan, tetapi mengetuk minda untuk
berfikir lebih waras.
9.
Sebuah buku yang tidak membahayakan rupa paras fizikalnya, bisa mempengaruhi
dan memberi kesan kepada pembaca.
10.
Sememangnya kertas-kertas yang tercetak aksara membentuk kata dan ayat, bisa
merubah fikir!
Tahniah kepada rakan-rakan Goodreads-Malaysia di atas kejayaan menerbitkan buku ini. Kalau saya terlebih rajin dan pandai menulis, agaknya terselit juga catatan saya dalam buku ini. Tawaran datang dulu, saya buat endah tak endah. Heh!
0 Comments