Pengiraan Kalori Untuk Skipping atau Jump Rope

Saya baru berkecimpung dalam acara sukan menggegarkan lemak satu badan; jump rope. Sebenarnya dah lama buat, tapi tak fokus dan buat bila teringat nak buat baru lah cari skipping rope tu. 

Asalnya saya guna yang dibeli dari Decathlon, entah RM5 ke berapa harga dia. Memang murah. Sebab tu malas kot, benda murah. Kah kah kah! Berlagak betul.

Kemudian di Tik Tok, saya jumpa banyak orang kongsi aktiviti jump rope ni. Baik yang professional, baik yang baru nak mula. Paling teruja, jumpa pulak antara Tik Toker tu yang jenis obesiti kemudian "glow up" turun berat badan dengan aktiviti skipping.

Memanglah bukan 100% skipping akan menurunkan berat, tapi aktiviti ni tetap ada contribution. Itu kita sembang lain lah.

Saya pun beli tali yang lebih berkualiti. RM60. Jenama Jumptera. Cari saja di Shopee.

Dan disebabkan saya dah mula "aktif" dalam bidang skipping ni, sedikit sebanyak kena lah cari maklumat berkaitan. Tak boleh lah main redah je, kenalah berilmu sikit. Kan?

Pengiraan Kalori Untuk Skipping atau Jump Rope


Kaedah & Faedah Jump Rope

Sebab kita dah mula main lompat-lompat, kena lah juga ambil tahu  kaedah dan faedahnya.

Kaedah tu macam ni;

+ panjang tali mesti separas dada

+ pegang tali tangan kepit rapat ke badan macam abang Silly cerita Upin Ipin tu

+ pakai kasut dan juga pakaian yang sesuai (ini saya tak ikut, eheh!). 

+ lompat pula setinggi 1-2 inci saja, tak perlu bengkokkan lutut.

Faedahnya pula, tentulah kita mahu tahu apa yang kita boleh dapat selepas terkinja-kinja melompat menggegarkan lemak tepu di perut tu.

Di bawah ni saya dapatkan info tentang jumlah kalori terbakar berdasarkan kelajuan lompatan dalam tempoh seminit, selama 10 minit.

Pengiraan Kalori Untuk Skipping atau Jump Rope


Sebagai warga BLM (Berat Lebih Muatan), kita tengok lajur yang pertama dah lah. Jumlah lompatan kurang daripada 100 per minit. Kalau dah BLM, jangan nak gigih sangat laju sampai kategori 120++ ke atas. Jantung kena jaga juga. Kalau tak masalah jantung, boleh jadi kau terbenam terpasak ke bumi menjadi tiang seri yang dihinggapi sang kumbang. Eh!

Untuk mula-mula, kita biasakan dulu dengan tali. Dan sesuaikan dengan pace yang kita selesa. Untuk bakal warga emas dan tak biasa bersukan, eloklah monitor HR dengan jam atau apa-apa alat yang sesuai. Hari pertama saya cuba lompat seminit, dah boleh naik sampai 140 HR. Gilo!

Berpada-pada. Wat lek wat pis. Skipping senaman paling mudah waktu PKP ni. Buat kat tepi rumah je, sambil dikawalselia oleh Siti Nur Tambirina. Romantis amat!

Selamat main lompat-lompat.







Reactions

Post a Comment

0 Comments