Hari ini sudah 5 Zulkaedah 1442H. Sudah 5 hari Syawal berlalu. Baru berkesempatan mahu berkongsi gambar raya kami sekeluarga. Tahun ni, kononnya beli baju raya baru sebab mahu beraya sakan. Maklumlah, sejak 2018 baju raya kami tak berganti. Kitar semula saja.
Alih-alih, PKP!
Kah kah kah!
Apa boleh buat, pakai jugalah baju raya dan bergaya di laman sekangkang kera di hadapan rumah.
Jadilah.
Yang penting, dapat meraikan hari kemenangan ini bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah.
0 Comments