Kadang-kadang ada yang bertanya, gambar apa lah yang kau ambik ni. Urat daun lah, sesungut bunga lah, bunga tepi jalan lah.
Bagi dia, gambar tu tak bawa maksud apa-apa. Biasa.
Sentap lah jugak. Hahahah!
Tapi saya jawab mudah saja; kepuasan. Saya suka. Fotografi membolehkan saya dapat lihat sesuatu yang baru. Berkenalan dengan alam. Itu cara saya menghiburkan diri sendiri.
Dia macam ni lah. Sama konsep orang bermain golf. Sampai sekarang saya tak faham apa kepuasan yang diperoleh. Tanah hutan dilapangkan berekar-ekar, hanya untuk bermain bola sebesar telur ayam. Apa entah kepuasannya? Brisk walk kan senang. Depan rumah pun cukup.
Atau, orang yang sukakan muzik genre heavy metal berbanding saya yang sukakan irama Malaysia. Sudah tentu genre pilihan saya lemah gemalai berpuisi syahdu, berbanding genre yang suaranya meneran-neran sampai tak tau butir apa yang disebut melainkan membaca lirik. Rupanya puisi juga, tapi cara menyampaikan berbeza.
Macam fotografi. Ada banyak cabang. Ada sukakan portrait, landscape, cityscape, burung, street, documentary dan macam-macam. Saya sendiri sukakan nature.
Puas.
Kita "berkarya" untuk diri sendiri. Cantik tak cantik, itu bonus. Yang penting, kita suka dan kita tahu. Akan ada orang suka, akan ada orang tak suka, yang tak peduli pun ada. Akan ada yang membanding-banding. Dilihat secara positif, itu juga bonus.
Yang penting kita hepi.
Hidup kalau nak berlandaskan apa orang suka, payah juga. Yang Allah suka tu kita kena usaha.
Kan?
0 Comments