Menikmati Durian Musim PKP

"Durian sudah start luruh.. baru amik dr kebun haaa.. Siapa mau kasi pm.. 1kg rm12.. durian kg ye tapi isi InsyaAllah ok."

Tiba-tiba dapat notifikasi dalam Whatsapp dari group kawan sekolah. Azri, rakan saya semenjak sekolah rendah dulu, menghantar gambar yang baru luruh. Elok cantik. Saya terus tertarik.

Memang kebetulan mencari juga. Kata saya kepada isteri, kali ini tak payah lah kita cari durian harga yang pelik-pelik tu. Cukup kita makan durian kampung. Harga lebih marhaen. Sedap pun sedap. Puas pun puas. Rasa pahit-pahit di hujung manis durian tu bikin pemakanan durian lebih adventurous

Jadi yang ditawarkan Azri memang kena dengan kriteria kami.

Alang-alang, pesan banyak sikit untuk dikongsi dengan jiran sebelah-menyebelah.

"Bos, aku letak bajet RM150. Boleh?"

"On!"

Pesanan dibuat hari Isnin, semalam (Rabu) lebih kurang 10 biji durian kampung dari Tampin ini sampai ke dapur.

Nampak baru berdasarkan tangkainya yang masih bergetah basah.

Selepas Maghrib, saya buka satu.

Alhamdulillah.

Cantik belaka.


Menikmati Durian Musim PKP
Menikmati Durian Musim PKP
Menikmati Durian Musim PKP
Alhamdulillah, semuanya elok dan mantap!


Pulut Berlaukkan Durian

Sebaik Azri mesej kata durian bakal tiba, terus saya pesan pada Cik Milah untuk tanak pulut. Makan bersama durian mentah-mentah. Allahu, membayangkan saja sudah kecur air liur.

Balik jogging pagi tadi, terus saya membuat operasi membuka durian. Satu persatu saya buka, Allahuakhbar. Tak seulas pun buruk. Semua elok berkedut sempurna. Saya tak rasa ini durian kampung, ini macam durian kahwin. Azri pun kata macam tu sewaktu hantarkan durian ni.

Pulut pun siap ditanak.

Durian penuh satu bekas.

Bismillah.

Menikmati Durian Musim PKP
Menikmati Durian Musim PKP

 

Alhamdulillah.

Rezeki,

Kita ulang lagi raya haji nanti. Dah pesan dah kat Azri.

Kasi jadi, bro!







Reactions

Post a Comment

0 Comments