Gout

Minggu lepas saya diserang gout. Nyut nyut nyut! Seperti biasa, ibu jari kaki sebelah kanan keradangan dan sakit kalau disentuh, apa lagi jika kaki memijak lantai.

Mulanya saya cuba bertahan, tapi selepas bangun pagi sakit di kaki semakin berdenyut. Tak tahan, saya ke klinik mendapatkan ubat.

Doktor bagi pilihan; suntikan atau ubat. Saya memilih untuk ambil ubat saja. Tak lalu pagi-pagi nak melondehkan seluar untuk disuntik.

Ya.

Kalau sudah teruk, sudah jalan berdengkot-dengkot memang pilihannya ialah suntikan di bontot! Itu yang paling afdal dan paling cepat melegakan.

Memandangkan saya masih WFH dan keadaan kaki tidaklah seteruk kejadian sebelum ini, maka saya memilih untuk mengambil ubat saja.

Ubat radang (bengkak).

Ubat tahan sakit.

Ubat gout. 

Tiga kali ulangan juga barulah lega.


Punca Gout

Ada yang kata sebab seafood, daging merah, kekacang dan secara keseluruhannya berpunca daripada makanan tertentu.

Tapi untuk kes saya, semuanya saya makan (berpada-pada). Sampai satu masa, tiba-tiba gout menyerang dan saya tercari-cari puncanya. Tak menentu. Saya tak jelas sampai hari ni, apa yang mencetuskan gout pada diri saya.

Yang pasti, ini disebabkan asid urik yang berlebihan dalam badan, dan gagal dikeluarkan sepenuhnya. Ini saja punca utama. Kalau dibaca, gout ini ada juga kena mengena dengan kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik.

Nauzubillah. 

Mohon dijauhkanlah saya daripada penyakit ini, walaupun kemungkinan besar itu ada disebabkan faktor keturunan.

Yang penting sekarang, saya sudah harus mula menjaga makan dan pemakanan.

Umur makin banyak, metabolisma makin perlahan, maka apa yang kita makan menentukan tahap kesihatan mendatang.

Gout
Gout
Gout








Reactions

Post a Comment

0 Comments