Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati

Dari rumah saya, boleh nampak satu bukit di bahagian timur yang menempatkan kawasan perumahan mewah. Namanya Cemerlang Heights, laluan masuknya dari Taman Melati. Dari arah tertentu, boleh nampak rumah banglo mewah yang pelbagai saiz di atas bukit ini. 

Tapi untuk saya, yang nampak hanyalah sebuah loji ataupun rumah pam air. Sesekali, kelihatan bayang-bayang 3-4 orang yang entah apa jantina sedang bersenam atau berehat santai di depan loji.

Satu hari, melalui FB sepupu saya, dia berkongsi gambar di hadapan loji itu.

Wah!

Kenapa dia boleh sampai ke situ? Kenapa saya tak pernah naik? Jadi, tentulah saya menjadi manusia kepoh mengorek segala maklumat dan pada satu hari yang cerah, saya pun akhirnya turut berjaya bergambar di hadapan loji itu.

Yeay!

Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Berlima tanpa abang Haris


Rombongan Anak Cucu Tok Usop

Kami berlima sekeluarga bersama kakak saya dua beranak  bergerak penuh semangat dari rumah pagi tu.  Saya kira-kira total perjalanan sejauh 6 km untuk pergi balik, jadi boleh sangatlah bawa kanak-kanak riang ke loji Cemerlang Heights (CH).

Laluan santai saja. Dari satu taman ke satu taman, akhirnya kami tembus ke jalan utama di Taman Melati. Menyusur laluan kaki lima seiring dengan rel LRT di atas kepala, kami sampai ke jalan masuk ke CH. 

Selepas disoal sedikit banyak oleh pengawal, kami dilepaskan pergi. Kami bukanlah orang yang pertama hiking di situ, ada beberapa orang lagi di hadapan kami.

Maka bermulalah sesi "mendaki" kami. Mencungap juga, cerun jalan agak curam di sesetengah laluan. Kalau berbasikal, rasanya saya akan tolak saja. Seram!

Selepas beberapa minit, kami sampai ke laluan yang dilarang masuk. Hanya untuk kenderaan, bukan orang perseorangan. Kami terus saja ke belakang loji dan akhirnya kami sampai.

8Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Laluan ke loji

Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Pemandangan Gombak dari puncak Cemerlang Heights

Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati

Agak bahaya, sebenarnya.

Kawasan loji berpagar, jadi sudah tentu tak boleh masuk. Tapi di bahagian luar loji masih ada ruang yang agak besar untuk aktiviti kecil.

Tidak ada pagar di sekeliling tebing, jadi harus hati-hati. Kami tak berlama-lama di situ memandangkan risau dengan keselamatan yang tak begitu terjamin. 

Akses ke sini memang mudah, tak nampak sebarang tanda dilarang masuk melainkan di pintu masuk loji.

Selepas bergambar beberapa keping, kami pun bergerak pulang.

Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati

Beberapa hari selepas tu, anak saya yang bujang cuba pula ke sana dengan kawan-kawan. Tapi pengawal tak izinkan dan terpaksalah semuanya patah balik.

Baguslah.

Mungkin lain kali bila keadaan sudah diperbaiki boleh lah kita naik lagi.









Reactions

Post a Comment

0 Comments