Lorong Sunyi Di Kedai Mamak

Sekarang sudah banyak kelonggaran sektor ekonomi diberi. Sudah banyak kedai kembali dibuka dan beroperasi dengan SOP tertentu. Kedai makan pun sudah boleh dine-in.

Sudah selamatkah Malaysia daripada Covid dengan catatan jangkitan sekitar 20 ribu setiap hari?

Pesan Pengarah Kesihatan Malaysia, DG Dr Hisham, pembukaan semula kedai-kedai ini hanyalah disebabkan faktor ekonomi, bukan kerana Covid sudah menghilang.

Hati-hati, kawan. Jangan terlalu meraikan kelonggaran ini. Ambillah vaksin, lengkapkan dos dan amalkan kawalan kendiri.

Kita masih belum menang!


Kedai Mamak

Namun ada satu sektor ekonomi yang menjadi kunjungan tetap saya sepanjang PKP 1 hingga PKP 3.

Kedai Mamak.

Tak lain tak bukan untuk membeli sarapan pagi. Kebiasaannya selepas menghantar atok Hafiz ke pusat dialisis, saya terus saja ke kedai mamak untuk membeli roti canai, capati dan kadang-kadang tukar selera dengan tose. Jam 6.30 pagi sudah terpacak di depan kedai.

Ada kala, sambil menunggu pesanan siap, saya merayau sebentar sekeliling kedai untuk merakamkam suasana pagi.

Sunyi.


Lorong Sunyi Di Kedai Mamak
Lorong Sunyi Di Kedai Mamak
Lorong Sunyi Di Kedai Mamak
Lorong Sunyi Di Kedai Mamak






Reactions

Post a Comment

0 Comments