31 Ogos adalah hari yang diraikan setiap tahun bagi warga Malaysia, terutama yang benar-benar faham dan meraikan hari bersejarah pembebasan negara daripada penjajah. Malaysia akhirnya bediri di atas kaki sendiri.
64 tahun masih dikira muda, namun Malaysia tanah tumpah darah saya ini terus berkembang maju. Siapa pun menjadi pemerintah, sama ada kita suka atau tidak, menjadi tanggungjawab mereka membawa Malaysia untuk terus maju.
Kawan, jangan kau campur adukkan perasaan benci kepada politikus yang gila kuasa atau pun yang tidak seperti kau harapkan. Pemimpin silih berganti, tidak ada yang kekal. Setiap 5 tahun, kita jalankan kewajipan sebagai rakyat sebuah negara demokrasi.
Tapi Malaysia ini hanya ada satu. Cintai dan hargai tanah airmu yang tiada galang ganti. Ini saja tanah yang mengaku kau sebagai penduduknya.
Saya kecewa benar dengan kempen menghitamkan bendera Malaysia. Itu gila. Itu terlalu mengikut nafsu. Tidak ada rasionalnya. Malaysia tetap Malaysia. Jalur Gemilang hanya ada satu. Hormati dan sayangilah selamanya. Jangan sesekali kau caca-marbakan egois dan serakah kebebasan tanpa batas. Percayalah, kalau kau degil begitu, cuba kau nyatakan pula apa beza kau dengan golongan yang ditentang?
Mahu berjuang, biar berilmu dan berakal.
Ingat.
Kau hanya ada satu saja Malaysia untuk kau cintai.
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-64, Malaysia.
0 Comments