10 + 1 Kenangan Ketika Belajar Di MRSM Muar

Tempoh hari dalam FB Group MRSM Confession (ya, saya terjebak) ada buat beberapa pertandingan entri. Group ni agak aktif, jadi keluar macam-macam cerita. Seronok. Majoriti pula geng-geng yang kini sudah beranak bercucu, jadi megimbau kenangan betul.

Saya pun akhirnya turut ambil bahaguan. Dan kemudian membuat satu entri melankolia tentang pengalaman kecil selama dua tahun di MRSM Muar.

Ini perkongsian saya.


#1
Tak pernah terpikir nak ke MRSM Muo. Waktu isi borang pilih semua pantai timur; satu Kuantan dua di Terengganu. Agaknya ada jodoh di Muar. Tak sabar nak jumpa bakal zaujah.

#2
Dah lah kena lempar ke Muo, lepas tu kena campak masuk kelas paling hujung. Mendidih darah dibuatnya. Sampai Muo terus masuk 4 Sc 18. Mujur classmate sekepala. Paling best semua tak naik kelas masa Form 5, tak taulah camana kami belajar. Kekal lah kami classmate selama dua tahun.

#3
Tapi saya paling suka dapat duduk asrama (proud ATARIAN) sebab pertama kali dalam hidup ada bilik sendiri. Walaupun bilikku tak berdinding penuh dan tak berpintu, rasanya dah cukup mewah dah waktu tu.

#4
Batch 93/94 rasanya 400++ orang, tapi yang betul-betul kenal/ingat (hari ni) mungkin tak sampai 100.

#5
Berstatus skema selama dua tahun di sana. Jalan menunduk dan tak pijak rumput sebab takut senior marah. Kah kah kah! Rambut belah tengah, tu tak ramai kawan kot.

#6
Status "skema" tercemar pada satu subuh yang mengerikan, saya terlambat ke surau dan warden kesayangan menanti riang di pintu surau, lalu memberikan cubitan cinta di dada. Nyut nyut nyut, serupa lampu Ultraman daa.. 

#7
Pernah kena pau oleh senior ketika makan di kafe. Tak tau pun kena pau, sebab ayat dia masa tu "kau belanja aku boleh?". Budak skema, kan? Belanja je lah. Siapa senior tu pun dah tak ingat, tapi kira halal je lah.

#8
Pertama kali belajar makan pisang goreng berkuahkan sambal kicap. Kalau menu DS tak sedap, memang bedal pisang nangka goreng dan tempe goreng kafe pakcik Modat.

#9
Merupakan ahli kelab remaja single yang bermotokan "awak terlalu baik untuk saya" sepanjang belajar di sana. Zaujah? Tak ada. 

#10
Masa Form 5, saya fail subjek Komputer. Repeat paper, fail juga. Bebal sungguh. Lantaklah, aku bercita-cita mahu menjadi akauntan tersohor.  

#11
Sekarang dah 21 tahun berkerja dalam bidang IT. Tam paham akum.

Kenangan Ketika Belajar Di MRSM Muar
Bergambar dengan roomate waktu malam graduasi

 







Reactions

Post a Comment

0 Comments