Balik ke Langkawi bulan 12 dulu, rutin pagi saya dan isteri ialah merayau mencari sarapan. Alang-alang, sempat juga kami singgah ke beberapa tempat untuk menikmati pagi di Langkawi.
Satu pagi, kami singgah ke jambatan Kuala Muda, berhampiran Kuala Teriang. Ada satu hotel di situ, tapi saya lupa namanya.
Pemandangan di sini cantik sekali. Agaknya itulah sebab jambatan ini agak tinggi dan ada ruangan untuk parkir kereta. Boleh berhenti tanpa menghalang lalu lintas.
Di sebelah barat, ada pantai Kuala Muda. Pantai di sini agak berselut, tak sesuai untuk aktiviti mandi. Ada juga perkampungan nelayan, chalet, restoran dan kedai jualan pelbagai jenis makanan tempatan. Kalau nak cari kuih peneram, di sini ada satu kedai yang menjual kuih ni segar dari kuali. Sedap!
Tahun 2004 ketika tsunami melanda dunia, Kuala Muda ini antara kawasan yang terkesan teruk.
Hamparan Padi, Banjaran Gunung Dan Sinar Matahari Pagi
Di sebelah timur jambatan, terbentang luas sawah padi nun sampai ke Padang Mat Sirat. Di sebelah kiri ada bukit (dan gunung) dan sewaktu kami sampai, matahari pagi baru mula bersinar lembut.
Ohoi! Pemandangannya sangat ohsem, kawan. Memang menjadi rezeki jamuan mata kami berdua pagi tu. Romantis amat!
Sempatlah saya ketik beberapa keping gambar buat kenangan.
0 Comments