Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana

Anak-anak dah kebosanan tak dapat merayau, terperap sekian lama disebabkan PKP. Jadi kami ambil keputusan untuk ke Taman Tasik Titiwangsa hari Sabtu lepas (9 Okt 2021) sebaik saja selesai solat Subuh. Aduh, sampai di sana nampak gaya macam tak boleh masuk. Berpagar sana sini. Saya tak pasti sebenarnya sama ada tasik ini dibuka untuk orang awam atau tidak, sebab nampak kelibat orang berjogging hanya di luar kawasan tasik.

Terus kami ubah rancangan, kami menghala ke Taman Tasik Perdana atau sekarang dipanggil Botanical Garden. Zaman semakin canggih, nama pun kena gempak lah. Walhal nama Taman Tasik Perdana tu sedap dah.

Lantaklah.

Kami bernasib baik sebab ruangan parkir masih banyak yang kosong. Dengan bayaran RM4 sekali masuk (RM4.20 sebenarnya), kami dapat ruang letak kereta yang selesa. Ingat ya, bayaran hanya menggunakan kad Touch & Go. Tidak ada kaunter bayaran tunai seingat saya. Di mana kedudukan bangunan parkir ini, boleh rujuk pada entri saya yang ini (parkir di Botanical Garden).

Musykil.

Sewaktu kami masuk, memang jelas ruangan parkir yang masih banyak kekosongan. Boleh nampak dari luar. Tapi yang hairannya, masih ramai yang parkir kereta di tepi jalan, betul-betul bersebelahan dengan bangunan parkir. Kedekut pahit, bangang atau apa penyakit manusia macam ni pun saya tak tahu. RM4.00 je kot?

Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Panggung Anivesari yang mengimbau nostalgia


Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Keliling Taman Tasik Perdana


Hari Sukan Negara 2021

Kebetulan sewaktu kami ke sana, Malaysia sedang meraikan Hari Sukan Negara 2021. Jadi memang ramailah manusia. Kami menjauhi keramaian, lalu keliling tasik sejauh 2 kilometer satu pusingan (kalau tak silap) dalam kelompok kami anak-beranak saja.

Lengkap satu pusingan, kami berehat sebentar di bahagian tengah tasik. Dari jauh kami nampak macam-macam ragam orang beraktiviti. Ada yang berjogging, jumprope, berzumba, berkasut roda dan macam-macam lagi. Yang piknik makan-makan pun ada. Meriah.

Kami tak lama di situ memandangkan yang lengkap bervaksin hanya saya berdua dengan isteri, anak-anak masih ada yang belum cukup dua dos. Sibongsu langsung tak ada vaksin. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang saja.

Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hari Sukan Negara 2021


Sosej Beracun

Di sepanjang laluan tertentu di Botanical Garden ni, ada papan tanda yang menerangkan tentang tumbuh-tumbuhan yang ada. Teruja, Hafiz pun baca setiap satu papan tanda yang kami baca. Seronok juga, tambah pengetahuan baru. Ini yang ada dicatatkan di situ;

Pernahkah anda mendengar sosej yang tumbuh di pokok? Mustahilkan? Tetapi inilah kenyataannya!

Namun begitu, ini bukanlah sosej yang anda biasa makan pada waktu sarapan. Yang nyata, buah pokok Sosej Afrika ini tidak boleh dimakan mentah kerana beracun.

Sebaliknya, wanita Afrika menggunakan buah yang dikisar sebagai krim muka. Lelaki pula menjadikan buah yang terbentuk menarik ini sebagai simbol kesuburan dan juga digunakan sebagai bahan perangsang nafsu.

Tahukah anda?
Buah yang padat dan berfiber ini boleh membesar hingga lebih daripada 2 kaki panjang dan berat sehingga 10 kg.

Awesome, kan?

Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana
Pokok Sosej Beracun


Taman Tasik Perdana ni memang sesuai untuk aktiviti riadah keluarga. Sekeliling taman ni pun banyak tarikan pelancongan yang lain seperti Taman Tugu, Tugu Negara, Planeterium, Taman Burung, Muzium Polis dan banyak lagi. Lepas berkepam lencun berpeluh, terus saja ke tempat tarikan yang lain, baru mengancam. Hahahaah!

Oh ya, kalau ke taman tasik ni bawalah apa-apa permainan yang boleh digunakan untuk beraktiviti. Kasut roda, skuter, basikal, badminton, jumprope, frisbee dan macam-macam lagi yang bersesuaian. Taman ni besar, Insya-allah ada tempat untuk masing-masing luangkan masa. Taman permainan kanak-kanak masih tutup sewaktu kami ke sana.







Reactions

Post a Comment

0 Comments