Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat (Ada Gambar Tambi Juga!)

Hari tu saya macam biasa, menjadi hamba kepada Ratu Kokak Negara si Tambirina ditugaskan untuk mengambil gambar beliau bagi tujuan tayangan media sosial. Sakan saya menyuruh beliau beraksi. Dua tiga hari tu, barulah saya teringat nak muat turun gambar-gambar makhluk berbulu tu. Telek punya telek, musykil juga bila tengok gambar-gambar makhluk ni kurang "tajam" berbanding gambar terdahulu.

Sharp, bahasa omputihnya.

Kemudian barulah saya teringat. Rupanya saya guna lens lama. Canon 18-200 mm F3.5-5.6. Lens yang berbakti semenjak tahun 2010 sehingga sekarang. Memang lah tak sama hasilnya dengan lens 45 mm F1.8 untuk Olympus saya.

Haih!

Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat
Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat


Terkenang Zaman BBNU

Saya teringat satu waktu saya pernah ajukan soalan ni masa mula-mula bermain DSLR. Mungkin sekitar tahun 2007. Saya teruja dalam sebuah forum melihat gambar photographer berpengalaman, lalu saya tanyakan lens apa yang digunakan.

Jawapan dia menyakitkan hati juga.

"Kalau baru main kamera, faham dulu composition semua barulah main lens."

Lebih kurang macam tu lah.

Saya memang lah baru nak up (bbnu) waktu tu. Dan saya pun masih belajar teknik cahaya dan composition dalam fotografi. In fact, sampai hari ni saya masih cuba perbaiki kefahaman teknik bermain kamera semua tu.

Cuma soalan saya tadi, tentang lens. Jawab sajalah guna lens prime ke, tele ke, macro ke. Lagi bagus terus specific 35 mm ke, 60 mm ke. Mudah.

Bukanlah ego saya tercabar pun yang buat saya melenting geram ni. Tapi soalan saya tu agak basic. Kenapa nak "kerek" sangat melalut kepada hal lain?

Lek ah, tu pun nak sentap.

Tak, kawan. Kena faham perbezaan antara sentap dan common sense.

Jujur cakap, perbuatan begitu membuatkan saya tawar hati nak berforum. Itu bukan satu-satunya kejadian yang "mematahkan semangat". Sekali tu waktu keluar sesi outing street shooting (dengan warga forum yang sama), pecahan kumpulan pun macam tak ada guna. Yang otai sibuk enjoy dengan kawan sekufu, yang kami bbnu terkontang-kanting tembak apa pun tak tahu. 

Mungkin kumpulan saya saja yang begitu hari tu. Entahlah.

Ya. Saya left forum tu sudahnya. Dunia media sosial yang baru, saya beralih ke group photography di FB. Masih ada lagi perangai zaman forum tu, tapi kali ni ok sikit sebab yang membalas balik pun ada juga. Perangai netizen, semua berani luahkan pendapat. Hahaah!

Astaghfirullah.

Kita ni janganlah lokek sangat dengan ilmu. Mungkin dengan asbab jawapan kita, orang tu dapat memajukan diri. Atau sebaliknya, patah hati.

Ilmu ni kalau disebarkan, banyak manfaatnya.


Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat
Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat
Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat
Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat
Kongsi Pengetahuan Itu Sangat Bermanfaat


Jom!

Kita main kamera. Saya ajar apa yang saya tahu. Percuma.

Berani?







Reactions

Post a Comment

0 Comments