Selesai membirukan mata di River of Life, kami teruskan rondaan malam kami ke Dataran Merdeka. Kalau sebelumnya kami berada di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, dataran yang bersejarah ini terletak di bahagian hadapan. Dari jauh sudah nampak Jalur Gemilang berkibar megah berhampiran pentas utama.
Saya khayal mengambil gambar bangunan bersejarah yang dihiasi lampu yang terang, anak-anak dan isteri laju ke depan mencari sesuatu.
Skuter Elektrik.
Semenjak sampai, kami sudah nampak aktiviti yang boleh dilakukan selain melepak saja di tepi jalan. Ada yang menghampar tikar di atas dataran ala berpiknik, ada yang bermain badkinton, ada yang berlarian atas padang, berjogging, kayuh basikal dan paling menarik perhatian tentulah skuter elektrik.
Cari punya cari (berhampiran pentas), dapat juga sudahnya satu skuter dengan harga RM25 untuk 30 minit. Mudah juga untuk kendalikan skuter ni, anak-anak pun selamba memecut ke hulu ke hilir.
Maknya pun sama merempit dengan Hafiz. Hebat!
Saya tak larat. Mahu simpan tenaga sebab esoknya mahu ke Putrajaya untuk kayuh basikal. Alasan! Hehehe!
Tapi saya rasa aktiviti ni ok juga untuk beriadah dengan keluarga. Selain melayan hobi saya bergambar, yang lain-lain pun ada benda yang boleh dibuat.
Oh, kami ke sana pada hari Sabtu malam Ahad. Semakin malam, dataran semakin ramai dengan pengunjung. Polis berulang-alik meronda bagi peringatan kepada orang ramai supaya menjaga SOP.
Jadi kepada yang mahu ke sana, beringat sama. Suka tu suka juga, keselamatan diri dan ahli keluarga tetap yang utama.
Video Main Skuter Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Ini ada video pendek kami sewaktu ke sana. Jemput subscribe channel Youtube saya ya.
0 Comments