Menginap Dua Malam di Muk By Victoria Home Melaka

Carian minit akhir di Agoda, menemukan saya dengan sebuah hotel yang kelihatan unik dan menarik di Jalan Tengkera, Melaka. Oleh sebab sudah kesuntukan masa dan mahu segera menguruskan hal penginapan untuk percutian keluarga, saya akhirnya memilih Muk By Victoria Home untuk kami menumpang teduh, mandi dan tidur selama dua malam di Melaka.

Saya tidak tahu pun hotel ini baru sahaja dibuka awal Disember tahun 2018. Saya melihat dari gambar-gambar yang ada di laman tempahan penginapan di Agoda, dan terpikat dengan gaya lama yang dimodenkan.

Muk is the Chinese pronunciation for the Chinese character, 木, which means “wood”. The interior design for Muk by Victoria Home Melaka is mainly integrated with wood. Hence, wooden decor and earth-tone colour scheme furniture are incorporated to be aligned with the theme. The facade is inspired by the rich heritage culture of its surrounding, inherited from the Portuguese and Dutch. Therefore, the overall architecture features a prominent vintage look and feel giving it a contemporary yet classic vibe. - Victoria Home

Muk By Victoria Home Melaka Muk By Victoria Home Melaka Muk By Victoria Home Melaka

Pengalaman Dua Malam Di Muk

  1. Hotelnya bersih dan baru. Bahagian luar bangunan masih mengekalkan ciri-ciri bangunan asal (mungkin) tetapi sudah diperbaik.
  2. Hanya ada hotel ini sahaja di sepanjang jalan.
  3. Tidak ada kedai serbaneka atau kedai makan yang berhampiran. Mungkin ada, tetapi besar kemungkinan hanya menyediakan makanan tidak halal.
  4. Terletak betul-betul di simpang jalan, mudah dicam kerana bangunannya masih "segar" dan baru. Walaupun jalannya tidak begitu sibuk (sepanjang tiga hari di sana), tetapi mudah saja boleh terlajak kalau tak berhati-hati.
  5. Ruang parkir agak terhad dan sempit! Kereta bersaiz sedan pun agak sukar untuk menyelit, apa lagi jika memandu kereta yang sebesar Vellfire.
  6. Perlukan kad akses untuk ke ruangan parkir, jadi sebelum check in perlu parkir di tepi jalan terlebih dahulu. Ruang masuk ke lobi juga agak terlindung kerana tidak begitu "obvious" sekali pandang.
  7. Melalui pendaftaran di Agoda, saya diingatkan untuk membayar secara tunai di kaunter dua jenis bayaran tambahan; Heritage Tax RM 2 sehari, dan Tourism Fee RM 20. Tetapi saya hanya dikenakan Heritage Tax RM 4. 
  8. Ada tambahan bayaran deposit RM 200 untuk Security. Saya tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan "Security", tetapi akhirnya membuat pembayaran menggunakan kad kredit. Pada hari kami check-out, deposit dibatalkan.
  9. Bilik yang diberi (Bilik 110) agak luas dan selesa. Dua katil Queen untuk kami enam beranak, dan tidak ada extra bed yang disediakan.
  10. Hiasannya minimal, dan moden. Keperluan standard seperti televisyen dan meja solek tersedia.
  11. Walaupun bertingkap, jika dibuka ia terus terdedah kepada orang yang lalu lalang di koridor. Tingkap juga tidak kedap bunyi, maka waktu malam kami "meriah" dengan bunyi deruman motor dan salakan anjing. Tak pasti di bilik lain.
  12. Bilik air bersih. Cuma susun aturnya agak pelik. Bilik air dan jamban diasingkan, dan di tengah-tengah ada sinki dan cermin solek. Tidak ada pintu utama. Sedikit segan dengan pintu bilik air yang seakan-akan lutsinar, tembus nampak bayang-bayang orang di dalam.
  13. Ruang pantry pula terserlah ke"IKEA"annya. Bersih dan tersusun.
  14. Ada mesin air jika mahu menghilangkan dahaga. Ada juga air yang bertapis (Coway) yang boleh diambil percuma.
  15. Kudapan seperti biskut juga percuma untuk tetamu.


Muk By Victoria Home Melaka Muk By Victoria Home Melaka Muk By Victoria Home Melaka


Lokasi

Secara keseluruhannya, Muk By Victoria Home selesa untuk diinap. Lokasinya agak strategik, dekat dengan tarikan utama di bandaraya.



Ini pula lokasi Hotel Muk untuk rujukan.







Reactions

Post a Comment

0 Comments