Gunting Rambut; Satu Percubaan Untuk Documentary Photography

Kali terakhir rambutnya dipotong, mungkin sekitar dua bulan yang lepas. Sudah ada juntai-juntaian rambut mencucuk telinga membuatkan dia sedikit rimas. Mahu potong sendiri, prosesnya mengambil masa yang lama. Maklumlah, tukang gunting di rumah ini semuanya "profesional". Gunting rambut penuh dengan sopan santun. Tahun lepas abang Haris jadi sukarelawan gunting rambut Hafiz, jenuh bersilat.

Memandangkan kedai gunting rambut dah kembali beroperasi, dan syarat wajib tukang gunting mesti sudah lengkap dua dos, saya pun bawa lah Hafiz ke kedai biasa kunjungan kami semenjak lebih kurang 20 tahun yang lepas.

Kali ini saya minta izin dari Uncle Raju untuk saya rakamkan kerja beliau, dengan Hafiz sebagai model. Saya rasa, ini akan menjadi suatu kenangan yang menarik pada suatu hari nanti. Kedai gunting ini pun masih bernuansa klasik. 

Tema fotografi begini sesuatu yang baru bagi saya. Istilahnya, documentary photography. Saya pertama kali mendengar terma ini semasa berguru dengan cikgu fotografi saya, Kak Min. Hasil kerja Kak Min memang saya cukup minat. Lebih asli, lebih real. Dan saya mencuba setelah sekian lama. Harapnya betul lah menepati tema. Ini satu moment yang biasa, moment harian yang menjadi rutin, dan saya rakamkan dengan spontan tanpa "set up". 

Mengikut internet;

Documentary photography is a style of photography that provides a straightforward and accurate representation of people, places, objects and events, and is often used in reportage.

What do you think?

Reactions

Post a Comment

0 Comments