Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi

Malam terakhir di Langkawi tahun lepas, kami keluar ke Restoran Nelayan Bukit Malut, Langkawi untuk makan malam. Kami sampai agak awal, sekitar jam 6 petang. Orang masih belum ramai, jadi mudah untuk kami buat pesanan dan mencari tempat duduk.

Kami dah lama amalkan makan malam sebelum Maghrib. Nak jaga perut katanya. Heh!

Prosesnya sama saja di mana-mana kedai makan seafood. Pertama sekali mestilah memilih lauk pauk yang diidamkan. Memang juling mata melihat ikan, udang, sotong dan segala macam siput yang segar di atas kaunter. Harga pun sudah diletakkan, jadi tak ada isu "harga cekik darah" seperti yang kecoh baru-baru ni. 

Selesai memilih, pekerja kedai akan membuat timbangan dan catatan jenis lauk yang dikehendaki. Menu kami biasa saja. Ikan bakar, sotong goreng tepung, sayur dan beberapa jenis lauk lagi untuk kami tujuh orang.

Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi


Jeti Nelayan

Sementara menunggu hidangan disiapkan, boleh lah merayau sekejap ke jeti nelayan bersebelahan dengan restoran ini. Banyak bot nelayan berlabuh di sini, sesekali ada juga yang bergerak perlahan menuju ke laut lepas.

Sebenarnya berharap juga boleh nampak laut dari sini. Kemudian matahari terbenam perlahan dengan warna jingga tersebar mencipta pemandangan romantis.

Hui!

Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi


Makan Malam

Mendekati waktu Maghrib, hidangan kami pun sampai. Tapi lauk ada yang masih belum siap, kami terus saja menjamah sebab tak mahu biarkan makanan menjadi sejuk. Lambat tak lambat, dah habis makan pun masih tak sampai lagi. Muka yang dah kenyang kembali buruk memikirkan perkhidmatan yang agak lambat.

Sebaik sampai, lauk diratah tanpa nasi. Itupun tak semua yang menjamah, sebab masing-masing sudah selesai siap mencuci tangan. Pelik juga, waktu kami sampai hanya beberapa meja je yang ada pelanggan. Tapi lambat betul makanan siap.

Sewaktu kami buat bayaran, cashier memaklumkan restoran mereka kekurangan kakitangan. Maklumlah, waktu pandemik perniagaan tak berapa kencang dan mereka pun baru saja kembali beroperasi.

Wallahualam.

Harap-harap ada pembaikan. Mana tahu bulan Disember nanti kami nak singgah lagi. Taklah asyik mengulang Halim GP Gulai Panas je.

Oh ya!

Harganya saya sudah lupa-lupa ingat, mungkin sekitar RM160.

Bolehlah.

Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi



Lokasi Restoran Nelayan Bukit Malut, Langkawi

Langkawi ni tak besar mana, jadi mudah saja kalau nak cari tempat-tempat begini. Di bawah ada saya sertakan peta untuk ke sana.


Selamat menjamu selera!







Reactions

Post a Comment

0 Comments