Mengimbau Kenangan Di Kedai Gunting Rambut Uncle Siva

Saya dah jadi pelanggan Uncle Siva lebih 20 tahun dah rasanya. Dari zaman ayah kepada uncle Siva masih hidup dan ada pekerja, sampailah hari ni masih setia walaupun Uncle Siva sekarang berkerja seorang diri.

Nak datang kalau malas menunggu, telefon saja dulu buat "booking".

Kemudian saya bawa Haris. Lepas dia dah ada barber kegemaran sendiri, giliran Hafiz pula saya bawa ke kedai ni. Entah 5 tahun lagi,  Hafiz pun ada pilihan lain agaknya.

Abah? Abah kekal dengan Uncle Siva. Sudah selesa dengan cara gunting dia. Beliau lebih banyak menggunakan gunting, berbanding kedai lain yang lebih banyak menggunakan mesin. Tak ada feel gunting rambut macam tu.

Kedai pun ada vibe zaman dulu-dulu. Siap ada radio mendendangkan lagu-lagu Tamil dari siaran radio kerajaan. Khayal dengan sejuk pendingin hawa, jadi terkenang pula waktu saya kecil. Zaman atok Hafiz bawa bapak Hafiz pergi gunting rambut. Atok Hafiz kayuh basikal tua, ada bakul kerusi rotan diletak pada besi palang di depan. Bila sudah besar sedikit, saya duduk di belakang basikal. 

Selepas siap gunting rambut, kami singgah kedai sebelah makan roti canai. Kuah kari untuk abah, cicah gula untuk saya.

Kitaran yang sama jadi hari ni. Lepas gunting rambut dengan Uncle Siva, saya bawa Hafiz ke kedai sebelah berbelanja jajan dan aiskrim. 

Kenangan.

Untuk satu hari nanti.

Mengimbau Kenangan Di Kedai Gunting Rambut Uncle Siva
Mengimbau Kenangan Di Kedai Gunting Rambut Uncle Siva
Mengimbau Kenangan Di Kedai Gunting Rambut Uncle Siva
Mengimbau Kenangan Di Kedai Gunting Rambut Uncle Siva
Mengimbau Kenangan Di Kedai Gunting Rambut Uncle Siva

Sebelum ni pun saya ada buat satu posting yang sama di sini.







Reactions

Post a Comment

0 Comments