Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga

Taman Tugu Trail ni sudah beberapa kali saya sampai, dan hujung minggu yang lepas (9 Jan 22) saya ke sana sekali bersama Cik Milah dan Hafiz. Anak-anak yang lain ada yang nak siapkan tugasan, ada yang kelas online. Jadi kami bertiga saja pagi tu.

Permulaan yang baik untuk tahun 2022.

Kami sampai awal, jadi tak ada masalah untuk dapatkan ruangan parking. 

Sebaik bersedia kami teruskan saja langkah meneroka hutan kecil di tengah-tengah Kuala Lumpur ini. Hutan yang menjadi nadi dan membekalkan udara segar meredakan pencemaran kota yang sibuk.

Jarak trek kami kali ini agak pendek, sekitar 2 km berbanding 3 km satu pusingan pada kunjungan saya yang lepas. Tak pasti kenapa, tapi saya perasan ada satu kawasan tanah runtuh dan trek dibelokkan ke arah lain. Mungkin di situ sudah "dipotong" kilometernya.

Hafiz macam biasa. Ada waktu moodnya ke laut, membebel bertanya bila mahu sampai ke penghujung walhal baru 5 minit bermula. Cik Milah ok saja, kata dia trek ini agak mudah berbanding ke Telaga Tujuh dan juga ke Air Terjun Sungai Pisang tahun lepas. Yang itu memang buat "bebai", kata orang Langkawi. Hehehee!

Alhamdulillah, trekking kami selesai dalam tempoh satu jam. Konon nak bersarapan di situ (ada gerai jualan berhampiran parking), tapi tak kena selera. Selepas berehat mengeringkan peluh, kami pun balik mencari nasi lemak 3 pinggan untuk mengganti lemak yang terbakar.

Hahaahaha!

Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga


Ini pula video pendek kami di Taman Tugu Forest Trail untuk kenangan.









Reactions

Post a Comment

0 Comments