Buku 1/20
CONQUERING EVEREST (Do Or Die Mission)
Oleh Azim Afif
Terbitan Kasi Terbit
1.
Saya tak tahu ada rakyat Malaysia yang pernah mendaki Gunung Everest (dan
sampai ke puncak) selain daripada beberapa orang yang pertama beberapa
(puluh?) tahun yang lepas. Waktu itu banyak liputan akhbar dan berita. Saya
lupa namanya.
2.
Penghujung tahun 2021, saya terjumpa buku ini dan sekarang saya baru tahu ada
rakyat Malaysia yang lain berjaya sampai ke puncak.
3.
Tahniah Azim Afif dan Farul Adib menjadikan impian bertukar kenyataan.
Walaupun hanya "berjaya" setelah tiga kali mencuba, keseluruhan perjalanan itu
sangat berharga.
4.
Lumrah sebuah pengembaraan, yang lebih bernilai dan berharga adalah perjalanan
itu sendiri, bukan semata-mata destinasi. Azim beruntung dikelilingi oleh
orang-orang yang sangat menyokong dan utuh memberi semangat.
5.
Keseluruhan pengalaman ini sangat bagus untuk dikongsi, tetapi gaya
penceritaan Azim berubah daripada Part 1 berbanding selebihnya. Part 1
seolah-olah rakan baik bersembang secara mata bertentang mata, lebih akrab.
Ada rasa empati. Bab selebihnya terasa seperti Azim berdiri di atas pentas dan
menyampaikan kuliah. Terasa ada jarak.
6.
Maaf kalau saya membandingkan. Membaca buku Azim mengingatkan saya perjalanan
Agustinus Wibowo dalam buku Titik Nol menuju ke Tibet untuk tujuan beribadat.
Lain tujuan, tapi cabaran fizikal dan mentalnya juga ada. Berbeza dengan
Agustinus, penulisannya lebih kepada refleksi diri, manakala Azim lebih banyak
kepada perkara teknikal dan fakta.
7.
Untuk geng kaki gunung, buku ini mungkin sesuai untuk dijadikan pembakar
semangat. Untuk saya, semangat dah terbakar tapi kena simbah dengan penyakit
gayat. Sejuk beku terus. Kah kah kah!
Buku ini sangat baik untuk dibaca awal tahun begini. Mengenangkan semangat
Azim dan rakan-rakan yang diuji dengan malapetaka salji runtuh, gempa bumi
yang dahsyat, ujian frostbite sehingga dimasukkan ke hospital; tak mematahkan
semangat beliau untuk terus berjuang mencapai cita-cita.
Tahniah Azim (dan Anis), juga Farul yang berjaya ke puncak Everest!
#sharulmembaca
#malaysiamembaca
0 Comments