Kemain tajuk buat promosi. Walhal tak berbayar. Kah kah kah!
Kisahnya dua minggu sudah saya ke Sabah, jalan-jalan meneroka alam. Penerbangan awal pagi, jam 7.30 dan perlu berada di sana sekurang-kurangnya jam 5.00 pagi untuk urusan luggage dan yang berkaitan.
Dari Gombak ke KLIA, ambil masa satu jam. Nak bertolak jam 4 pagi dari rumah, siapa nak hantar? Memanglah ada Grab, tapi memikirkan nak kena bangun lagi awal nak bersiap semua tu, jadi tak larat. Umur macam ni, rehat nak kena cukup. Lagi-lagi memikirkan sehari lepas sampai di Sabah, saya nak buat aktiviti mendaki. Hui! Rehat kena cukup.
Cari punya cari, saya ambil keputusan untuk bermalam di Capsule Transit di KLIA2. Dah namanya pun transit, tempoh masa menginap di sini pun paling lama 12 jam. Ada beberapa pilihan waktu checkin, saya ambil pakej malam. Checkin bermula jam 8 malam sehingga 4 pagi, dan tempoh menginap ialah 12 jam. Maknanya, kalau saya masuk jam 10 malam, saya perlu checkout jam 10 pagi.
Ada beberapa pilihan hotel di KLIA2, tapi saya memilih Capsule Transit atas sebab lokasinya yang terletak dalam bangunan KLIA2 dan harga yang agak murah (ketika itu) berbanding hotel yang lain.
Tempahan
Saya buat tempahan melalui aplikasi Agoda dan harga yang saya dapat pada hari tersebut (29 Jan) ialah RM130. Memang mahal. Sebab harga sebegitu biasanya harga untuk standard room mana-mana hotel. Tapi memang dah tak ada pilihan lain.
Apa yang saya dapat?
- Sebuah bilik (yang berupa kontena dibahagikan kepada mungkin 6-8 bahagian atas bawah, menjadi bilik-bilik kecil). Pintu bilik hanya merupakan bidai, jadi masih boleh nampak ke bahagian dalam dari luar. Hati-hati waktu tidur, jangan ada yang terselak!
- Welcome gift hanya berupakan berus gigi, ubat gigi dan sebotol air mineral. Towel disediakan dan perlu dipulangkan semula. Kalau hilang, deposit RM50 akan "terbakar"..
- Tempat simpanan luggage terletak di luar hotel. Locker diberi (jika mahu) dan berkunci. Kalau malas nak bawa beg masuk ke bilik (yang sempit), eloklah simpan di sini. Bawa beg kecil saja untuk pakaian selepas mandi dan barang-barang penting.
- Penghawa dingin adalah centralize. Tak ada kawalan dalam bilik. Agak selesa sebenarnya, tak panas, tak sejuk.
- Dalam bilik ada plug point untuk caj peralatan elektrik.
- Selipar "jamban" ada disediakan untuk ke tandas terletak di tengah-tengah Capsule Transit
Kemudahan-kemudahan lain di Capsule Transit
Oleh kerana saya checkin pada waktu malam, nampak keadaan di sini lebih tenang. Sempat juga saya merayap keliling. Hiasan dalaman di sini agak menarik, nampak moden walaupun Capsule Transit ini hanyalah susunan kontena yang berwarna-warni. Ada satu ruang rehat khas untuk melepaskan lelah dan berborak-borak. Pelbagai jenis buku disediakan, tak sempat pula saya belek satu persatu.
Oleh kerana saya bertolak selepas dari rumah selepas Maghrib, jadi saya perlu solat Isyak di KLIA2. Alhamdulillah, surau betul-betul terletak di hadapan Capsule Transit ini, bersebelahan dengan tandas. Jangan lupa solat, kawan!
Hotel ini terletak di Level 1, sangat hampir dengan tempat menunggu teksi dan perhentian bas. Kalau naik ERL, perlu jalan sedikit lenih kurang 10 minit. Kedai banyak di Level 2, jadi tak ada masalah kalau lapar tengah-tengah malam.
Berbaloi atau tidak, terpulang tafsiran masing-masing. Dari segi harga, ya, agak mahal. Dari segi keselesaan, boleh diterima. Saya dah tak sanggup nak tempuh pengalaman transit di lapangan terbang lama tanpa tempat rehat yang sesuai. Dua kali ke Eropah, empat kali saya transit selamat 8 - 11 jam. Tak larat! Memikirkan pengalaman tu, saya pilih untuk menginap di Capsule Transit.
0 Comments