Pengorbanan Solungkoi Untuk Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli, ada sejarah yang menyedihkan berlaku semasa pembinaannya. Nyawa dikorbankan atas kepercayaan yang boleh meredakan kemarahan roh jahat.

Wallahualam.

Mulanya saya mahu percaya ini sebuah mitos kisah silam, tapi melalui sumber yang dicatatkan di situ, ini terjadi pada tahun 1930-an. Silap-silap, orang yang menyaksikan kejadian ini masih hidup.

Saya catatkan semula apa yang saya baca di papan tanda berhampiran jambatan ini.

Jambatan Tamparuli.

Dibina pada tahun 1930-an oleh British, tapi sering roboh akibat banjir.

Selepas campur tangan seorang Bobolian, didapati roh sungai atau Tambuakar marah dengan pembinaan jambatan tersebut.

Seorang gadis cantik bernama Solungkoi telah dikorbankan untuk menenangkan roh sungai yang marah. Dia dikurung di dalam tajau hidup-hidup dan ditanam di bawah tiang pertama jambatan.

Semenjak hari itu jambatan ini tidak roboh lagi.


Pengorbanan Solungkoi Untuk Jambatan Tamparuli
Pengorbanan Solungkoi Untuk Jambatan Tamparuli
Tak gayat di atas jambatan gantung


Kami tidaklah begitu memikirkan kisah ini sewaktu di sana. Lebih kepada menikmati pemandangan dari atas jambatan gantung yang mendebarkan orang gayat seperti saya. Pertama kali ke sini dulu (2016), kami berjalan setakat ke tengah jambatan. Kali ni berjaya sampai ke hujung.

Kalau dari Kota Kinabalu menghala ke Kundasang, Tamparuli memang berada di tengah-tengah laluan. Jadi, ramai saja yang singgah di sini. Selain jambatan, cubalah singgah ke pasar harian yang berhampiran, boleh tengok barang jualan orang tempatan.

Ada juga kuih-kuih yang menarik perhatian, sempatlah kami beli sekadar untuk merasa. Kedai juga banyak di sini, jadi kami cari bekalan roti, Maggie dan beberapa barang lain untuk dibawa ke Kundasang.

Walhal di Kundasang banyak je kedai. Heh!

Oh ya! Anjing bersepah. Mesra alam sampai berdiri tercongok berjarak 10-20 sentimeter dari kau. Buat tak tahu je. Selamba, walaupun kaki gigil dan nampak ketara perut bergoyang.

Kah kah kah!


Pengorbanan Solungkoi Untuk Jambatan Tamparuli
Pengorbanan Solungkoi Untuk Jambatan Tamparuli
Pengorbanan Solungkoi Untuk Jambatan Tamparuli


Video Jambatan Tamparuli

Ada video pendek semasa kami ke sana. Jemput tonton.


 







Reactions

Post a Comment

0 Comments